Selasa, April 25

pengalaman bersalin anak kedua_part 2


dalam pukul 6pm, genap 24jam aku kat hospital, amirul dan irfan datang jemput..yeayyy
terus request dengan amirul nak pergi makan sebab hospital bagi makan sedap tapi kuantiti sikit, tak cukupp..hihi..amirul layankan & ke IOI putrajaya lah kami..selagi tak beranak, berjalan sajo.. ;p


keluar wad hari jumaat, sabtu sempat lagi ke hospital ampang untuk melawat atok (nenek) amirul yang patah kaki..sedaramara amirul pon terkejut tengok aku datang, ingatkan dah beranak..hihi
ahad pulak, tak ingat apa yang aku buat..rasanya lepak dekat rumah je kot..

dan disebabkan tanda2 untuk bersalin masih takde & aku masih sihat dan kuat, 24/10/2016 (isnin) aku masuk office macam biasa..bos pon terkejut jugak sbb ingatkan aku dah start cuti..
aku memang niat taknak cuti awal, nak cuti betul2 lepas bersalin, sama macam irfan dulu..
tapi disebabkan rabu dah kena serah diri kat hospital, terus mohon start cuti mula hari selasa..so kiranya isnin tu last day aku kat office sebelum bersalin..lunch tu sempat lagi berjalan kaki pergi jualan dikala cuaca panas..belikan irfan biskut2 konon bekalan bila aku berpantang nanti..hehe
sebelum balik tu, officemate siap cakap yang aku lambat lagi beranak sebab perut masih tinggi..

kononnya jugak, aku plan selasa pagi nak hantar irfan ke taska & aku nak breakfast kat mcD..pastu kemas rumah sebelum esoknya nak ke hospital tapi semuanya hanya plan semata..
benarlah kata2, kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya..hehe

malam tu, lepas beborak2 dengan amirul, pukul12 kitorang pon masuklah bilik utk tidur
selang beberapa minit je, amirul dah lelap tapi aku yang tak boleh tidur sebab perut tiba2 memulas..
berkali jugak aku ke toilet sebab cirit birit..
lepas tu, perut memulas sekali dengan mengeras..alamakk..adakah ini tanda2 nak beranak?
terdetik time tu, ni contraction ke??
nak kena pergi hospital ke?
pikir punya pikir, sambil melayan perut yang memulas & mengeras ni, pukul 2am baru aku kejut amirul..amirul tanya, nak pergi hospital tak
jawapan aku, ntah..hehe..
pastu sakit contraction tu macam makin kerap, terus decide nak ke hospital..
sebelum tu, aku dan amirul sempat mandi, kejut & siapkan irfan sekali..
pukul 3am, baru kitorang gerak ke hospital putrajaya..
kesian irfan, ibu nak bersalin, dia pon kena angkut sekali ke hospital sebab takde siapa nak jaga..huhu

sampai je labor room hospital putrajaya, nurse tu mula2 taknak terima aku sebab LR penuh katanya..
tapi dia akan cek bukaan jugak, kalau dah lebih 4cm baru dia terima tapi tak janji yang aku akan ada katil..huhu..kalau kurang dari 4cm, dia akan hantar aku ke hospital kajang atau HKL..kalau taknak 2 hospital ni, aku boleh pilih hospital lain tapi kena pergi sendiri..time tu aku dah terpikir hospital seremban je tapi takut tak sempat sampai pulak..hehehe
patut pon LR penuh time tu, rupanya hospital serdang takde air & ramai yang ditransfer ke putrajaya..huhuu

ok lah, nanti sambung lagi ke part3..hehe


.. myrah ..

Tiada ulasan: