Selasa, April 25

pengalaman bersalin anak kedua_part 1


salam..Alhamdulillah hari ni genap umur ayden 6 bulan..
dan selepas 6 bulan ni, barulah ibu dia ada kesempatan nak share pengalaman bersalinkan dia..hehe

masa usia kandungan 39w, macam biasa ke klinik lah kita untuk chekcup mingguan..
dan tetiba untuk checkup kali ni, bacaan BP adalah tinggi..
rasanya adalah dalam 6-7 kali nurse amik bacaan, cek digital & manual jugak..
refer doctor, doctor pon jugak secara digital & manual..
bincang punya bincang, doc decide untuk refer aku ke hospital putrajaya dan dia terus sediakan surat..dia tanya nak naik ambulance atau drive sendiri..
mestilah aku nak drive sendiri sebab dalam kepala asyik pikirkan irfan je..huhu
doc benarkan aku drive tapi dengan syarat aku janji  kena terus ke hospital..
tapi janji hanya tinggal janji..hehe..dari klinik aku terus balik ke rumah dulu & call amirul minta dia balik awal utk hantar ke hospital..pastu tak jugak terus ke hospital, kami ke mcDonalds dulu then amik irfan dekat taska..
selesai semua, dalam pukul 4 baru ke hospital, terus ke labor room..

bila dah ada kes, teruslah doc nurse semua serbu cek itu ini..
tapi dekat hospital bacaan BP tak tinggi pon tapi dah disebabkan klinik dah keluarkan surat, so diorang terpaksalah terima & aku pon terpaksalah rela untuk dimasukkan ke wad..
katanya untuk dipantau selama 24jam..huhu
then dalam pukul 6pm, ambulance pon dah sedia untuk bawak aku ke hosptal berisiko rendah presint 8, sama macam kes irfan dulu..hehe


check in!

sampai sana, irfan pon ikut sekali masuk wad..sepatutnya tak boleh tapi nurse lepaskan sekejap..
lepas nurse bagi penerangan, bermulalah drama air mata mak dan anak...huhu
wehh..umur irfan time tu 2 tahun sebulan..sepanjang 2tahun sebulan tu tak pernah sehari pon aku berpisah tidur dengan dia..mmg sentiasa berkepit dekat sebelah..
time kursus 3hari 2malam dekat PD, dia pon aku bawak sekali..
time mirul dukung dia bawak balik tu, dia ajak aku balik sekali 'bu, jummm'
sedihnyaaaa..masa tu memang dah hujanlah ibu dia ni..pastu masing2 melambai2 dari tingkap bilik je..
ibu dalam bilik melambai sambil nangis, anak dalam kereta melambai sambil meraung..hihi
adehh..fikirkan irfan je, BP aku terus naik lagi..hahadoiii

irfan teman ibu kejap dekat wad

ok, sepanjang dalam wad malam itu, nurse akan cek BP aku setiap sejam then akan cek sekali jantung baby..Alhamdulillah baby ok, cuma BP still tinggi..
tapi kononnya bak kata amirul, malam tu aku bolehlah tidur lena sebab takde gangguan dari irfan..tapi takde maknanya, lagi tak lena laaaaa..asyik ingat anak..pantang tanya mirul pasal irfan, mesti nangis..ntah berapa kali aku nangis dalam wad tu, tak terkira..nurse masuk bilik je mesti mata merah..hihi

keesokannya, macam biasa jugak..nurse akan datang utk cek BP
dari pagi ye..tenghari tu, family boleh datang melawat & irfan pon datang jugak
tapi dia datang bukan sebab nak tengok ibu, tapi sebab nak main kt playground..huhu
tapi bila nak balik, barulah nak kat ibu & ajak ibu balik sekali..
berdrama air mata lagilah akuuuu..

pagi tu, nurse macam dah bagi harapan yang aku boleh balik..memang gembira..
pastu bila nurse lain cek, kata xboleh lagi..sambung nangis lagi...hukhuk
ada jugak aku pujuk baby supaya keluar cepat walaulpun takde tanda lagi..
yela, dah alang2 masuk wad ni, beranak terus je lagi senang..dari asyik fikirkan irfan, boleh tinggi lagi BP aku kan..
petang tu, doc datang cek & nak seluk untuk cek bukaan..kot2 dah ada bukaa, bolehlah beranak katanya..tapi bukaan masih takde & doc kata aku boleh balik..yeayyy
tapi dengan syarat, start esok (sabtu) sampai selasa aku kena cek BP dekat klinik terdekat & 26oct (rabu) aku kena serah diri dekat hospital..27oct (due date) kalau tak beranak jugak, doc akan induce..
aku pon mengangguk setuju jelah..

dalam pukul 6pm, genap 24jam aku kat hospital, amirul dan irfan datang jemput..yeayyy
terus request dengan amirul nak pergi makan sebab hospital bagi makan sedap tapi kuantiti sikit, tak cukupp..hihi..amirul layankan & ke IOI putrajaya lah kami..selagi tak beranak, berjalan sajo.. ;p


ok lah, panjang pulak karangan..nanti sambung part2 pulak ye.. :)



.. myrah ..




Tiada ulasan: