Khamis, April 27

pengalaman bersalin anak ketiga_part 3


sampai je labor room hospital putrajaya, nurse tu mula2 taknak terima aku sebab LR penuh katanya..
tapi dia akan cek bukaan jugak, kalau dah lebih 4cm baru dia terima tapi tak janji yang aku akan ada katil..huhu..kalau kurang dari 4cm, dia akan hantar aku ke hospital kajang atau HKL..kalau taknak 2 hospital ni, aku boleh pilih hospital lain tapi kena pergi sendiri..time tu aku dah terpikir hospital seremban je tapi takut tak sempat sampai pulak..hehehe
patut pon LR penuh time tu, rupanya hospital serdang takde air & ramai yang ditransfer ke putrajaya..huhuu

dan disebabkan aku ada sejarah problem BP, nurse tu terima jelah aku seadanya..hehe
terus masuk ke bilik saringan untuk cek bp, contraction dan bukaan..
BP xberapa cantik, naik turun je..contraction kuat sikit tapi bukaan baru 1cm & nurse kata lambat lagi sbb baby masih jauh/tinggi..huhu
aku iyekan jela & layankan contraction yang kejap2 datang tu..
dari bilik saringan, aku dengar irfan bergaduh dengan babah..hahaaadoiii..lagi tak tenteram aku nak beranak..
selang 10mint lepas tu, doc datang masuk sebab tgk bacaan contraction mcm kuat..
nurse kata bukaan baru 1cm & doc mintak izin untuk seluk & tanpa disangka, bukaan dah jadi 7cm..waahhh terus rasa tak sabar nak pushhh..patut pon sakit makin kuat..tapi sama macam kes irfan dulu, aku sejenis yang suka tahan sakit..nurse pon pelik tengok aku macam biasa je..huhu

dan disebabkan bukaan dah 7cm, doc tak bagi aku turun dari katil..nurse terus tolak katil masuk ke bilik sebelahnya (LR)..time keluar dari bilik saringan tu sempat aku curik2 pandang ke ruang menunggu tapi tak nampak pulak amirul & irfan..huhu..takpelah, mak memang dah ready bersalin tanpa suami dekat sebelah, macam bersalinkan irfan dulu..

dalam LR, nurse terus masukkan air dan amik bacaan BP jugak..
nurse & doc tolong tukarkan baju & kali ni dorang xbagi pon aku ubat berak sebab dah 7cm dan nasib baik aku tak terberak pon time duk meneran tu..hihi
kalau tak silap, time tu jam pukul 4.15am..
doc tanya suami mana, sebab nak panggil masuk temankan aku..
tapi aku cakap, xperlu..terkejut doc tau..hihi
yela, kang kalau dia masuk, siapa pulak nak jaga irfan..sebab tu aku ok je tak berteman sebab aku lagi fikirkan pasal irfan dari diri aku..cehhh..hikhik..tapi tu memang serius..sape tak risaukan anak kan..huhu

aku cakap dengan doc, suami dekat luar jaga anak
doc tanya anak takde orang jaga ke..aku cakap takde!
kami datang bertiga je, yela 3pagi kan..mak aku pon aku xbgtau yg aku nak beranak..huhu
tapi doc tetap jugak nak panggil suami..ermm..sukatilaahhh..
dan tak disangka2 amirul mmg masuk LR tuk temankan aku..
terkejut mak tau pastu soalan pertama lepas nampak dia terus tanya, irfan mana & siapa jaga dia..
rupanya, maklong (kakak amirul) datang pukul4 pagi tu sebab nak tolong jagakan irfan..Alhamdulillah..barulah mak rasa tenang..

dan disebabkan dah ada pengalaman beranak, so dah tau lah cara & bila masa yang sesuai untuk meneran..tak ingat berapa kali aku meneran, rasanya 2kali dan baby pon selamat dilahirkan pada jam 4.30 pagi seberat 2.85kg..Alhamdulillah :)
kali ni suami I tak menangis pulak macam dulu..hihi..terima kasih suami sebab memberanikan diri utk teman & bagi semangat walaupunn kejap sangat rasanya..dia kata aku genggam tangan dia pon xkuat mana pon..cehh..yela tuu
tapi mungkin rezeki aku kot, dipermudahkan jugak untuk bersalin kali ni & lagi cepat dari irfan..
dulu rasa irfan tu dah cukup cepat rupanya adik dia lagi cepat..betul2 tak sabar nak keluar tu..hehe


muhamamd iffat ayden


seee..tinggi kan bacaan BP aku tu..huhu
ada yang lagi tinggi dari tu tau..yela, dia ambik bacaan time aku kena jahit..maunya darah tak naik, sakit tau takkk..hihi

berbonding dengan ibu


ok, kali ni kalau orang tanya serik ke tak..
jawapannya adalah serik!haha
bukan serik nak beranak, beranak & contraction utk kali ni kejap je tapi seriknya time jahit..
time irfan, jahit tu aku boleh tahan & aku diam je sambil susukan irfan..
tapi kali ni sakit sampai aku cakap dgn doc yang aku rasa sakit..huhu
tu pon rezeki jugak, mudah bersalin tapi jahit pulak lagi sakit..hihi
pengalaman semua tu.. :)


ok, sekian utk kali ni..bye!


.. myrah .. 


Selasa, April 25

pengalaman bersalin anak kedua_part 2


dalam pukul 6pm, genap 24jam aku kat hospital, amirul dan irfan datang jemput..yeayyy
terus request dengan amirul nak pergi makan sebab hospital bagi makan sedap tapi kuantiti sikit, tak cukupp..hihi..amirul layankan & ke IOI putrajaya lah kami..selagi tak beranak, berjalan sajo.. ;p


keluar wad hari jumaat, sabtu sempat lagi ke hospital ampang untuk melawat atok (nenek) amirul yang patah kaki..sedaramara amirul pon terkejut tengok aku datang, ingatkan dah beranak..hihi
ahad pulak, tak ingat apa yang aku buat..rasanya lepak dekat rumah je kot..

dan disebabkan tanda2 untuk bersalin masih takde & aku masih sihat dan kuat, 24/10/2016 (isnin) aku masuk office macam biasa..bos pon terkejut jugak sbb ingatkan aku dah start cuti..
aku memang niat taknak cuti awal, nak cuti betul2 lepas bersalin, sama macam irfan dulu..
tapi disebabkan rabu dah kena serah diri kat hospital, terus mohon start cuti mula hari selasa..so kiranya isnin tu last day aku kat office sebelum bersalin..lunch tu sempat lagi berjalan kaki pergi jualan dikala cuaca panas..belikan irfan biskut2 konon bekalan bila aku berpantang nanti..hehe
sebelum balik tu, officemate siap cakap yang aku lambat lagi beranak sebab perut masih tinggi..

kononnya jugak, aku plan selasa pagi nak hantar irfan ke taska & aku nak breakfast kat mcD..pastu kemas rumah sebelum esoknya nak ke hospital tapi semuanya hanya plan semata..
benarlah kata2, kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya..hehe

malam tu, lepas beborak2 dengan amirul, pukul12 kitorang pon masuklah bilik utk tidur
selang beberapa minit je, amirul dah lelap tapi aku yang tak boleh tidur sebab perut tiba2 memulas..
berkali jugak aku ke toilet sebab cirit birit..
lepas tu, perut memulas sekali dengan mengeras..alamakk..adakah ini tanda2 nak beranak?
terdetik time tu, ni contraction ke??
nak kena pergi hospital ke?
pikir punya pikir, sambil melayan perut yang memulas & mengeras ni, pukul 2am baru aku kejut amirul..amirul tanya, nak pergi hospital tak
jawapan aku, ntah..hehe..
pastu sakit contraction tu macam makin kerap, terus decide nak ke hospital..
sebelum tu, aku dan amirul sempat mandi, kejut & siapkan irfan sekali..
pukul 3am, baru kitorang gerak ke hospital putrajaya..
kesian irfan, ibu nak bersalin, dia pon kena angkut sekali ke hospital sebab takde siapa nak jaga..huhu

sampai je labor room hospital putrajaya, nurse tu mula2 taknak terima aku sebab LR penuh katanya..
tapi dia akan cek bukaan jugak, kalau dah lebih 4cm baru dia terima tapi tak janji yang aku akan ada katil..huhu..kalau kurang dari 4cm, dia akan hantar aku ke hospital kajang atau HKL..kalau taknak 2 hospital ni, aku boleh pilih hospital lain tapi kena pergi sendiri..time tu aku dah terpikir hospital seremban je tapi takut tak sempat sampai pulak..hehehe
patut pon LR penuh time tu, rupanya hospital serdang takde air & ramai yang ditransfer ke putrajaya..huhuu

ok lah, nanti sambung lagi ke part3..hehe


.. myrah ..

pengalaman bersalin anak kedua_part 1


salam..Alhamdulillah hari ni genap umur ayden 6 bulan..
dan selepas 6 bulan ni, barulah ibu dia ada kesempatan nak share pengalaman bersalinkan dia..hehe

masa usia kandungan 39w, macam biasa ke klinik lah kita untuk chekcup mingguan..
dan tetiba untuk checkup kali ni, bacaan BP adalah tinggi..
rasanya adalah dalam 6-7 kali nurse amik bacaan, cek digital & manual jugak..
refer doctor, doctor pon jugak secara digital & manual..
bincang punya bincang, doc decide untuk refer aku ke hospital putrajaya dan dia terus sediakan surat..dia tanya nak naik ambulance atau drive sendiri..
mestilah aku nak drive sendiri sebab dalam kepala asyik pikirkan irfan je..huhu
doc benarkan aku drive tapi dengan syarat aku janji  kena terus ke hospital..
tapi janji hanya tinggal janji..hehe..dari klinik aku terus balik ke rumah dulu & call amirul minta dia balik awal utk hantar ke hospital..pastu tak jugak terus ke hospital, kami ke mcDonalds dulu then amik irfan dekat taska..
selesai semua, dalam pukul 4 baru ke hospital, terus ke labor room..

bila dah ada kes, teruslah doc nurse semua serbu cek itu ini..
tapi dekat hospital bacaan BP tak tinggi pon tapi dah disebabkan klinik dah keluarkan surat, so diorang terpaksalah terima & aku pon terpaksalah rela untuk dimasukkan ke wad..
katanya untuk dipantau selama 24jam..huhu
then dalam pukul 6pm, ambulance pon dah sedia untuk bawak aku ke hosptal berisiko rendah presint 8, sama macam kes irfan dulu..hehe


check in!

sampai sana, irfan pon ikut sekali masuk wad..sepatutnya tak boleh tapi nurse lepaskan sekejap..
lepas nurse bagi penerangan, bermulalah drama air mata mak dan anak...huhu
wehh..umur irfan time tu 2 tahun sebulan..sepanjang 2tahun sebulan tu tak pernah sehari pon aku berpisah tidur dengan dia..mmg sentiasa berkepit dekat sebelah..
time kursus 3hari 2malam dekat PD, dia pon aku bawak sekali..
time mirul dukung dia bawak balik tu, dia ajak aku balik sekali 'bu, jummm'
sedihnyaaaa..masa tu memang dah hujanlah ibu dia ni..pastu masing2 melambai2 dari tingkap bilik je..
ibu dalam bilik melambai sambil nangis, anak dalam kereta melambai sambil meraung..hihi
adehh..fikirkan irfan je, BP aku terus naik lagi..hahadoiii

irfan teman ibu kejap dekat wad

ok, sepanjang dalam wad malam itu, nurse akan cek BP aku setiap sejam then akan cek sekali jantung baby..Alhamdulillah baby ok, cuma BP still tinggi..
tapi kononnya bak kata amirul, malam tu aku bolehlah tidur lena sebab takde gangguan dari irfan..tapi takde maknanya, lagi tak lena laaaaa..asyik ingat anak..pantang tanya mirul pasal irfan, mesti nangis..ntah berapa kali aku nangis dalam wad tu, tak terkira..nurse masuk bilik je mesti mata merah..hihi

keesokannya, macam biasa jugak..nurse akan datang utk cek BP
dari pagi ye..tenghari tu, family boleh datang melawat & irfan pon datang jugak
tapi dia datang bukan sebab nak tengok ibu, tapi sebab nak main kt playground..huhu
tapi bila nak balik, barulah nak kat ibu & ajak ibu balik sekali..
berdrama air mata lagilah akuuuu..

pagi tu, nurse macam dah bagi harapan yang aku boleh balik..memang gembira..
pastu bila nurse lain cek, kata xboleh lagi..sambung nangis lagi...hukhuk
ada jugak aku pujuk baby supaya keluar cepat walaulpun takde tanda lagi..
yela, dah alang2 masuk wad ni, beranak terus je lagi senang..dari asyik fikirkan irfan, boleh tinggi lagi BP aku kan..
petang tu, doc datang cek & nak seluk untuk cek bukaan..kot2 dah ada bukaa, bolehlah beranak katanya..tapi bukaan masih takde & doc kata aku boleh balik..yeayyy
tapi dengan syarat, start esok (sabtu) sampai selasa aku kena cek BP dekat klinik terdekat & 26oct (rabu) aku kena serah diri dekat hospital..27oct (due date) kalau tak beranak jugak, doc akan induce..
aku pon mengangguk setuju jelah..

dalam pukul 6pm, genap 24jam aku kat hospital, amirul dan irfan datang jemput..yeayyy
terus request dengan amirul nak pergi makan sebab hospital bagi makan sedap tapi kuantiti sikit, tak cukupp..hihi..amirul layankan & ke IOI putrajaya lah kami..selagi tak beranak, berjalan sajo.. ;p


ok lah, panjang pulak karangan..nanti sambung part2 pulak ye.. :)



.. myrah ..




Khamis, April 6

hellloooooo :)


Assalamualaikum wbt.
Hye korangggg...lamanyaaaaa tak berblogging
dah berhabuk bersawang sangat blog ni..huhu
dah 6 bulan tak update apa2..dari sebelum beranak anak kedua, skarang anak dah usia 5 bulan pon.hehe
bukan taknak aktif macam dulu, tapi masa x mengizinkan..

untuk tatapan, ini lah anak2 saya..
sorang tu abang, sorang tu adik..sama tak muka dorang time baby?heee

muhammad irfan anaqi & muhammad iffat ayden..


inshaaAllah kalau ada kelapangan, akan update lagi ye..
babaiii! :)



.. myrah ..