Isnin, Mei 16

trimester pertama


Alhamdulillah, aku berjaya melepasi trimeseter pertama untuk kandungan kedua ni.. :)
pengalaman yang lebih kurang sama macam mengandungkan anak pertama dulu tapi lebih mencabar..dengan nak melayan kerenah anak yang terlebih manja tu, dengan tak cukup tidur/rehat, dengan melayan tekak yang asyik nak muntah je..memang melepetlah mak dibuatnya..huhu
nasib baik suami ku sangat memahami walaupun kadang2 rasa bersalah amatttt dekat dia sebab semua kerja kat rumah duk mengharap dekat dia untuk buat..
ye, semua!dari mengemas, memasak (kadang2), basuh baju, ampai baju, semua dia buat..kecuali lipat baju..yang tu aku pon awal2 dah giveup sebab bergunung menanti dalam bilik kedua tu..hahadoiilaa..
kadang tengok orang lain duk post kt fb pasal kebaikan suami dorang, aku pon rasa nak gak post memuji suami sendiri tapi tak tergamak pulak takut orang lain baca rasa menyampah pulak nanti kan..hihi..yela, kadang aku pon rimas tengok ada yang dalam sejam berkali duk post citer pasal laki dorang, alaaa saya pon ada suami yang baik jugak!hehehehehe :p
dan amighul pon jenis tak berapa suka jugak, kang aku post, selang seminit dia dah suruh delete lak nanti..hihihi
tapi disebabkan nak jugak puji suami sendiri, kita puji kat sini jelah walaupun ku tau, dia dah lamaaaaa tak baca blog ni sebab membusy..huhu
terima kasih babah irfan sebab sedaya upaya melayan kerenah ibu irfan yang kejap ok, kejap tak ok ni..huhu..dan jugak bersabar melayan perangai irfan yang kadang boleh menaikkan angin kita..hehe
nanti ibu belanaja babah hamburg'er' okkkk... ;)

babah irfan :)


ok, dah jauh tersasar pasal suami pulak..hihi
untuk perkembangan diri, muntah2 tu dah berkurangan sikit dan selera makan pon ok sajo..berat pon dah meningkat dari 43kg ke 45kg..
untuk perkembangan baby pulak, Alhamdulillah semuanya ok..degup jantung pon dah dengar jelas dan bacaan normal..InshaaAllah checkup bulan depan akan scan..yela, checkup kat KK tak dapatlah nak scan selalu macam dekat swasta..hehe

untuk abang irfan pulak, dia dah tau bila aku tanya mana baby..
terus pergi ke perut ibu, nak sayang kononnya..tapi kejap jela, pastu henyak balik perut ibu, duduk kat perut ibu macam biasa..adoiii, mak dengan baby redhoo jelah dengan perangai abang ipan..

irfan dah setahun 7 bulan sekarang ni..
semakin banyak perangai dan akal dia..hari tu masa perjumpaan dengan cikgu taska, dia kata irfan aktif..suka buat aktiviti macam menyanyi, menari, colouring tapi cepat bosan bila baca buku..hihi
bukak buku kejap je pastu terus tutup, tapi bila tengok kawan2 yang lain leka dengan buku masing, dia cepat2 bukak balik buku dia..pengaruh kawan2 betul..hehe





sementara irfan jadi anak tunggal ni, kita sharelah banyak2 gambar dia..biar dia bermaharajalela dekat blog mak dia ni..nak post gambar mak, dah tak semenggah, tiap kali pregnant muka mesti kusam..sedih!
lepas ni dah ada adik, dia dah kena share dengan adik, pastu gambar makpak dorang pon makin berkuranglah dalam blog ni..hihi


.. myrah ..