Isnin, April 18

peluang kedua :)


Alhamdulillah, diberi peluang kali kedua untuk merasai nikmat sebagai wanita mengandung.. :)
ok, bagi sesetengah orang mungkin terlalu awal untuk aku mengandung kali kedua sebab jarak dengan anak pertama tak sampai 2 tahun & aku tahu doktor pon tak menggalakkan..
aku ingatlah nasihat pertama doktor dekat aku dengan mirul lepas aku selesai jahit & masih dalam labor room, "ayah, lepas ni jarakkan 2 tahun ye..bukan 2 tahun dah ada baby tapi selepas 2 tahun baru proses yang baru"..
masa tu memang berniat camtu tapiiiiii, segalanya berubah bila irfan tengah membesar..hehe
pernah cakap dengan mirul, rindu nak ada baby lagi..
pastu macam berubah balik, nk tunggu irfan besar dulu lah, nanti kesian pulak tak dapat manja lebih..
pastu, berubah lagi kata nak jugak..hahahadoiilaaa

last2 memang plan, nak jugak baby sebab nak bagi jarak usia dia 2 tahun je dengan abang irfan..
dannnnn kalau boleh nak baby lahir bulan 10 sebab abang irfan bulan 9 pastu babah bulan 11, ibu bulan 12..ha senang kan, berderet je..nanti sambut sekali time besday ibu hujung tahun..eh??hihi

ok, cane boleh tau yang aku pregnant?
actualy dah lewat datang bulan beberapa hari..tapi masa tu tak rasa apa sebab start je priod lepas bersalinkan irfan, mmg priod sangat tak teratur..kadang lewat sampai 2 minggu..
dan aku pon baru je 3 bulan start balik priod sebab masih breastfeed irfan lagi, so rasa macam tak nak lah terlampau excited kononnya memang tengah subur..hehe

tapi hati ni duk lah asyik terdetik rasa macam diri ni memang tengah pregnant..
sampaikan ada 1 masa aku rasa sengal2 kat pinggang macam sengggugut, time tu dah tak mengharap sebab mungkin dah nak priod tap tetap jugak tak kunjung tiba..
last2, beli upt & esok tu terus cek lepas bangun tidur dan inilah keputusannya..

 2 line yang sangat jelas :)

lepas dapat je result ni, terus senyum..sukaaaaa
keluar toilet, pergi kat mirul dan terus tunjuk..mula senyum pastu bila tenguk irfan, terus nangis..kesiannnn irfan, tak puas manja dah nak dapat adik..
ha pulakkk..hahahaha
ok, time ni baru perasan yang irfan asyik buat perangai je sejak kebelakangan tu..pergi school excited, tapi bila nampak teacher, terus salam & tarik tangan ibu pergi rak kasut ajak balik..dan bermulalah drama air mata..boleh kata hari2 lah macam tu..
dan manja sangat2, taknak dengan babah..nak ibu je..
babah kat sebelah pon macam halimunan, tak heran..
tau ek dia nak dapat adik.. :(

dan bila dah tau pregnant, bermulalah alahan yang sangat teruk...
yer, sangat teruk..lebih teruk dari time mengandungkan irfan dulu..hukhukhuk

kalau ikutkan kepada hari pertama priod yang terakhir, time cek upt tu aku baru masuk 5minggu..
masih awal..dan pasa minggu ke 7, aku ke klinik mediviron untuk buat pengesahan kehamilan..
doktor taknak cek urine lagi, dia nak terus scan & kalau mengikut saiz ketika scan kandungan baru berusia 5w..dan sekarang aku ada 2 due date iaitu pada pertengahan dan penghujung bulan 10..
 dan pada minggu ke 10, aku ke klinik kesihatan untuk bukak buku pink! :)
dan time doktor scan, usia kandungan mengikut saiz ketika scan baru 8minggu dan doktor minta datang semula lagi 2 minggu untuk scan semula & kebetulan nurse pon memang bagi appointment lagi 2 minggu sebab kencing kotor..
sebab2 kencing kotor?kurang sangat minum air..
ya, memang diakui sebab kalau minum air pon, tak kisah lah air kosong atau manis, selang minit lepas tu aku akan muntahkan balik..kalau minum air pon muntah, kalau makan apatah lagi kan..
sampaikan nak makan pon takut..huhu
tu dapat stiker hijau salah satunya sebab berat badan yang tak mencukupi..
time tu 43 kg sajo, dan sebab lain jarak anak pertama dengan kedua tak sampai 2 tahun...heeee 

selang 2 minggu kemudian, aku datang lagi untuk checkup 
resultnya, berat tetap 43kg,  kencing still kotor..kurang jugak minum air & usia kandungan 10w, kurang 2 minggu dari kiraan priod & doktor suggest untuk ikut result scan sajo..
dan due date yang sepatutnya 16 oktober berubah kepada 27 oktober 2016..inshaaAllah.. 

dan sekarang ni aku dah memasuki minggu yang ke-12..Alhamdulillah.. )


 inshaaAllah lepas ni kami akan berempat :)
ipan akan ada geng lah duduk kat seat belakang sambil layan upinipin..hehe

abang irfan :)

bila tunjuk irfan gambar baby & tanya nak baby tak..
dia buat tak tau jeeeee..hihi..
yela, tak faham lagi kan..dia pon still lagi baby ibuuuu..hukhuk

doakan semoga dipermudahkan semuanya ya..
semoga alahan ni akan cepat hilang, kalau boleh nak esok gak!hihi
kalau tanya aku nak anak lelaki atau perempuan..
tipulah kalau kata aku taknak anak perempuan..mestilah nak ada geng gegurl, baru leh berdondondondonnn dengan ibu..hihi
tapi kalau rezeki baby boy jugak, aku terima juga..
dapatlah irfan geng nak main ball & car..kan.. :)


.. myrah ..