Jumaat, Februari 19

irfan berpicnic dengan kawan-kawan :)

petang semalam ambil irfan dekat taska, cikgu minta parents bekalkan makanan untuk anak2 kelas toodler, dorang nak buat aktiviti luar kelas..
nak berpicnic katanya..amboii, kemain anak ibu nak picnic ye..hehe
balik rumah duk fikir nak bekalkan apa..amirul bagi idea, bawak je roti telur cheese kegemaran irfan..
ok idea diterima!hehe

pagi tadi pukul 6.15 dah masuk dapur sediakan bekalan tu, dengan irfan pon masuk dapur tolong ibu..
tapi ibu masak, dia makan koko crunch dgn susu la..kegemaran jugak tu..huhu
ha, irfan memang jenis bangun pagi ye..
weekend pon sama, makpak dia takde maknanya nak bangun lambat ke apa..irfan pukul 6 dah bangun kejut subuh..hihi..kadang tu, pukul 5 pon dia dah bangun..macam manalah mata mak tak jadi macam mata panda kan..hukhuk

selesai sediakan bekal, teruskan mandi irfan dan siapkan dia dulu..pastu dia mintak pulak roti telur..
ok, makanlah nak..
sambil dia layan upinipin, mak cepat2 mandi & bersiap..
fuhh..berkejar rasanya..baru sorang anak ni..hehe

tadi cikgu irfan hantar gambar anak2 berpicnic..
Ya Allah, rasa comeeel je mereka2 semua ni..hehe




 kemain happy awak yer dapat keluar kelas..


inilah kawan2 irfan dekat kelas toodler..irfan baru je masuk kelas ni 2minggu, sebelum ni masih bilik baby..sepatutnya awal dah masuk kelas toodler tapi sebab ramai, irfan jadi abang long kawasan lah dalam bilik baby..baby lain semua meniarap & merangkak, dia sorang je yang boleh jalan..hehe

minggu ni dari isnin sampai khamis irfan buat perangai bila sampai taska..
masuk taska ok lagi, simpan kasut sendiri dalam rak..jalan laju2 pergi tempat makan, tapi bila sampai separuh jalan terus tarik tangan ibu dia bawak pergi rak kasut ajak balik..nampak cikgu, terus salam sebab nak balik..hahahadooilaaa..ibu tinggalkan sajo, kuatkan hati..hehe
memang menangis lah tapi cikgu kata dia nangis sekejap je, dapat makan & tengok tv ok macam biasa..
tapi hari ni mood dia sangat ok..Alhamdulillah
minggu depan harap2 ok jugak ye, sila jangan buat perangai..
tak senang hati mak nak tinggalkan awak..huhu


.. myrah .. 

Isnin, Februari 15

nak update apa ekk?

Assalamualaikum...
rinduunyeee nak update blog..selalu berniat nak update tapi tak tau nak update pasal apa..hihi
so meh lah saya share sikit gambar family kecilku ini bersama anak yang dah semakin membesar & bijak.. :)



budak kecik ni, kadang muka mak tapi macam selalu muka bapak..
tak kisahlah nakkk, janji comel..hikhik


.. myrah ..