Selasa, Oktober 4

irfan's birthday celebration :)

#irfananaqiturns2
hehe

disebabkan tahun ni takde sambutan macam tahun lepas, mak nak jugak buat sesuatu yang boleh dijadikan kenangan untuk irfan..
nak jugak irfan potong kek & kali ni potong kek dengan kawan2 taska pulak..
tapi disebabkan 1taska tu terlalu ramai anak2, kita buat untuk kelas irfan jela (toodler)hehe
 
mula2 plan nak tempah kek bertemakan pororo sebab sikecik ni suka tengok lagu2 pororo
yang boleh buat dia leka sekarang ni cuma pororo & upinipin
upinipin tu mmg takde tandinganlah, siap dah lancar skrip & watak2 dalam tu..hihi
tapi untuk tema upinipin, kita buat tahun depan jela sebab cousin dia hari tu dah buat tema upinipin..hee

bila kek dah ditempah, mak macam nak tambah dengan goodies bag pulak
eceh, konon nak simple2 potong kek je tapi biasalah sindrom mak2 ni, suka melebih2.hihi
mula2, mirul macam kata tak payah..pastu dia pon terjebak sebab redhooo dengan permintaan bini.. ;)

seminggu sebelum birthday irfan, kitorang terjah GM Klang
hasil dari menGoogle, ramai kata kat sana banyakkk pilihan untuk doorgift dan ianya memang betuuuul cumanya untuk tema pororo tu macam susah nak dapat, tak banyak pilihan..

mula2, plan nak bagi benda lain pastu nampak benda lain terus tukar idea..hihi
dan disebabkan susah nak carik barangan pororo, tema terus bertukar kepada robocar poli..
tapi sebelum tu tanya dulu sipembuat kek, boleh tak kalau nak tukar tema pororo ke robocar poli & dia kata boleh!

pastu yang menggeramkan bila dah beli barang robocar poli, terus jumpa barang2 pororo..
hahahadoiii laaa..selalu jadi macam ni tau..pasrah jelaaaa..


 paper bag
colouring book
puzzle
swiss roll & puding
bajet tak sampai rm3..heee


29 september 2016

 semua ceria tapi makpak irfan tu dah kenapa eyebag berkilo2.. (--')
sebelum ke taska, kita ke klinik dulu
irfan kena checkup 2 tahun & dapatkan hadiah pertama dulu..hehe
mak irfan pon ada checkup jugak, 36weeks..
 

 dah dapat hadiah, injection..hehe
birhday boy ni tak nangis pon babah dia cakap cuma mula2 tu je terkejut..
good boy!firstime ibu tak dapat teman sebab ibu tengah tunggu turn kat lab..huhu

setel checkup, ibu balik office & irfan masuk taska..
kita sambut birthday irfan petang tu, time minum petang..

pukul 4 datang taska dengan kek, anty2 irfan dah siap pasang banner untuk irfan..hehe
tq anty2..
irfan adalah sangat pemalu ye..langsung taknak pandang camera & senyum pon tersipu2..hihi

 #irfananaqiturns2

irfan & friends :)
kawan2 semua tak menyabar & pandang camera bila ibu panggil tapi si birthday boy tu tetaplah taknak pandang camera..hihi




seeee, mmg taknak pandang camera langsung..
time orang nyanyikan lagu birthday pon sama juga, cuma dia senyum2 sikit je tercover2..mengada betul!hihi..tapi bila dia tengok balik video tu, dia sukaaa siap ikut nyanyi balik & ulang berkali2..hehe

sekali lagi,
happy birthday anak ibubabah..! 




.. myrah .. 



Tiada ulasan: