Khamis, Oktober 6

irfan ke melaka!

ok, masih tak habis lagi pasal birthday irfan..hihi
2minggu sebelum birthday dia jugak, mak ipan ni tetiba terpikir nak bawak dia checkin mana2 hotel terdekat..pilihannya Port Dickson..
motif bawak hotel, nak bagi dia mandi kat swiming pool puas2 sambil mak pon boleh fefeeling berbabymoooon..hihi
 dan kenapa pilih PD, sebabnya ada laut & irfan boleh main pasir kat pantai jugak dan makpak ipan boleh mengenang kisah cinta kami di sini..haha
hotel yang menjadi pilihan, grand lexis sebab ada private pool dan mak pon boleh tumpang mandi jugak tanpa segan silunya..hehe
tapi bila call, gov rate yang dorang bagi adalah rm670 termasuk sarapan..mula2 mirul kata ok jela sebab nak private pool tu tapi mak ipan pikir macam membazir pulak so survey ke thistle hotel pulak..
utk gov rate, dorang bagi rm391 termasuk sarapan & yang ni memang hotel pilihan mak sebab banyak kemudahan yang ada kat sini..korang silakan mengoogle ye kalau nak tau dengan lebih lanjut..hehehe
tapi disebabkan fenomena air pasang di kawasan pantai barat, PD pon tertempias jugak..aku macam berkira2 jugak nak ke sana..yela, motif nak main pasir kat pantai juga tapi kalau tak pergi pantai, kejung jugak duduk hotel je..hehe
last2, mak ipan bukak trivago & survey hotel area melak..kiranya masih dekat jugaklah..
pilihan pertama, philea hotel & resort
gov rate yang dorang bagi rm500 termasuk sarapan 
yang ni pon mirul setuju sebab kitorang setiap kali balik jb, mesti tanya satu sama lain bila nak checkin philea..dari awal kahwin kot sampai nak masuk anak 2 ni..heee

dalam masa yang sama jugak, mak ni terpikir tempat2 yang best nak pergi kat melaka tu..
dan disebabkan philea ni betul2 je selepas exit tol ayer keroh, jadi agak sesak sikit kalau nak ke bandar melaka tu..so mak pon survey lagi hotel yang dekat dengan bandar melaka pulak..
akhirnyaaa, mak terpilih swiss garden hotel & residence
gov rate yang diberikan rm242 termasuk sarapan..
benda pertama yang mak tengok adalah swiming pool untuk kanak2 & kelihatannya sangat menarik!hehe

disebabkan hotel ni tengah2 bandar & bersekali dengan shopping mall the shore, jadi kami lakibini pon setuju jelah tuk booking kat sini..
aku booking by call je then bayar time checkin..
untuk gov staff, silakan membawa pass ID korang sekali untuk pengesahan..
ha, kemain panjang intro mak kau bagi..hihi
 

 irfan & babah

 ibu & irfan 

 sekarang ni si kecik ni suka betul berdiri tepi tingkap macam ni..
tapi baru 2 3 kali jela..dan jangan kecam saya, ni kat kawasan rumah lagi, belum pon keluar dari gate apartment..hehe..dan selalunya irfan sendiri akan cakap ''dah'' & ''tutup''..dan mak pon akan tutuplah tingkap itu..hee

 kerja dalam kereta, selfie..hihi

sampai je melaka, kitorang terus ke hotel..
dan disebabkan masa awal lagi, kitorang terus ke oceanarium yang terletak dalam shopping mall the shore tu..
irfan suka ikan, so meh mak bawak tengok ikan..
tapi dalam tu, dia banyak takut dari suka..hihi
tiket untuk dewasa rm35 dan untuk irfan adalah free..




 kat sini kemain dia suka & tak takut..
siap agah2 fish tu sebab dalam tu ada nemo & dory..memang tak takutlah kan..hehe


 mak pon nak ber'ootd' :p

 kesayangannnnn.. :)

 my boys..
bilalah ibu nak ada geng pulak ni..hehe

selesai kat oceanarium kitorang lunch kat dalam tu jugak..then 2.30pm terus ke hotel untuk checkin..
checkin adalah lancar & kejap..bagus!

 lobi hotel

 alorh alorhhhh

 merasmikan katil!hehe

 pemandangan dari balkoni bilik, aras 12..

 kg. morten
sungai melaka
hote the pines
 
 bilik kami 12022
disebabkan time booking aku tak request king bed size
aku dapat 2single bed yang dorang gabungkan..
takpelah, janji ada katil kan..hihi
katil besar mana pon, time tidur nanti mak tetap hujung2 katil jugak sebab si kecik duk menyelit2 sebelah mak..apak dia jugak yang seronok tidur berselubung dengan harmoninya...huhu


 ada bathtub!
tengok siapa yang lagi excited?hihi

 kejap jela, excited dengan bilik
lepas tu masing2 sibuk dengan hp
apak online, anak layan upinipn, mak sibuk amik gambo dorang..hehe

 ok, lets mandi!
bilik kitorang betul2 depan lift dan dari cermin depan tu dah boleh nampak swiming pool di aras 9
irfan asal ke cermin tu je, dia cakap 'andiiiii'

tapi dalam bilik, bila kita ajak mandi kolam kemain dia excited nak bukak baju..
bila nak pakaikan baju mandi, kemain pulak dia menangis sebab bagi dia kalau mandi mesti bogel & dia ingat nak mandi dalam bathtub je..bersilatlah mak dia nak pakaikan baju mandi..hihi
tapi bila keluar dari bilik & nampak swiming pool, terus tak keruanlah..

 pool dewasa

 disebabkan pool kat aras 9 dan kitorang turun waktu petang, angin adalah sangat kuat ye..
memang kuat..

 baru 10 minit berendam, dah menggigil teruk..hikhik

 bawak naik, balutkan towel kejap & dia nampak babah dia berendam lagi, terus nak cabut towel tu mintak nak mandi lagi..tak sedar diri tu dah gigil tahap apa ntah..huhu

 berendam lagi

 tak lama pon kitorang kat sini sebab aku pon tak selesa dengan angin yang kuat tu..
macam nak tercabut tudung..hihi
time ni keringkan badan kejap then sambung mandi dalam bilik pulak..
dah masuk bathtub, taknak keluar pulak..
nasib baik time tu kat tv ada citer boboiboy
dia nampak dari toilet, terus selesai mandinya..hehe

bersiap, layan kartun & pengsan!

ok, sampai sini saja karangan mak untuk hari ni.
kalau mak rajin, nanti mak sambung dengan part seterusnya ya..
ni pon dah panjang sangat ha karangan mak..buat surat kat office pon tak sepanjang ni..hihi

okbaiii!


.. myrah .. 


Tiada ulasan: