Selasa, Oktober 11

irfan ke Melaka : part 2..

sambungan irfan ke Melaka :)

lepas je irfan berendam dalam pool & bathtub, susu & tidur, makpak dia pon bersiaplah untuk keluar dinner sambil memikirkan mana lokasi yang hendak ditujui..

 keluar bilik, terus pergi depan cermin & tengok orang mandi pool
'andiiii' bak kata irfan.hehe

 ibu buat peace, irfan buat 1malaysia.. :p

mula2 mirul ajak makan dekat umbai tapi aku macam malas pulak
so nak pergi yang dekat2 je hotel
last2 pergi dataran pahlawan je & makan a&w..
adoiii..kat mana2 pon ada a&w kan..hee

selesai makan, menapak sikit dari dataran pahlawan mall tu ke menara taming sari..
nak bagi irfan merasa naik sesambil makpak dia feeling2 mengenang kisah percintaan kat sini dulu..hihi

 muka mak, kembang setaman betul --"


 lepas menara taming sari, bawak irfan naik beca pulak..
tapi irfan biasa2 je, makpak yang teruja lebih..hihi
sajalah konon pilih beca heli ni, nak bagi irfan excited tapi dia tetap macam takde perasaan..haha
tapi abang pengayuh beca ni pandai, dia pasangkan lagu didi&friends, ha barulah anak ibu tu teruja, keliling bandar melaka sambil bertepuk tangan..hee

selesai beca, kita baliiiikk..
9.30pm kami dah sampai hotel
konon stay hotel area bandar melaka, banyaklah tempat nak pergi tapi nan hadoo..
macam malas pulak..hihi..next time jela..


kenangan..
nanti kalau adik irfan tanya mana dia, ibu tunjuk je perut..hihi


 hari kedua, breakfast di hotel saja..
pilihan makanan tak berapa banyak sangat tapi yang aku makan semuanya sedap..
i is suka dengan nasi lemaknya..sambal sedap!
irfan konon mak amikkan koko crunch, tapi yang dia makan bersungguh adalah mihun goreng..


 bergurau gurauan dulu sebelum turun ke pool lagi
macam semalam gak, bila ajak mandi pool, dia mest ingat nak mandi kat bathtub, so taknak pakai baju mandi, nak bogel je..huhu

 ambil mood dulu, air sejuuukkk..
macam semalam jugak, tak lama pon kat sini..
lagipun, pagi ni lagi ramai orang berbanding semalam..

 sambung kat bilik pulak..time ni memang taknak keluar..
angkat keluar pon sampai nangis2..
yela, best berendam..rumah kita takde bathtub..hihi

 bertiga :)

 berdua :)

 irfan nak balik dah..
thankyouuu babah bawak irfan jalan2 sempena birthday irfan :)

sebelum balik moh carik coconut shake & kuih keria yang famous sangattt kat melaka tu..

 coconut shake klebang
 kuih keria antarabangsa limbongan

dan disebabkan time tu kita dapat cuti 3hari sampai isnin, hiway adalah sesak
so kita pon balik ikut jalan kampung sajo, masuk alor gajah & kami pon menyinggahlah ke port dickson..
konon takut dengan fenomena air pasang tapi elok je ramai orang & air pon macam surut..hehe


sekejapan je kami kat portdickson pastu kami pulang rumah atoknenek ipan kat seremban..
dan berakhirlah sudah trip harijadi irfan..
dan no more trip sampailah mak habis berpantang nanti..hehe

sekarang dah 38weeks
meh lah kita membilang hari menanti kelahiran adik irfan..
harap dipermudahkan semuanya untuk ibu dan baby.. :)


.. myrah ..

Tiada ulasan: