Rabu, September 30

irfan anaqi turns 1! :)

Alhamdulillah, selesai sudah majlis doa selamat & sambutan hari lahir muhammad irfan anaqi yang pertama..
kalau ikutkan plan asal, aku & suami tak nak buat majlis untuk tahun pertama sebabnya sikecik tu tak faham apa2 lagi..kang makpak dia je yang excited..so kononnya nak celebrate bertiga, tiup lilin pon kat 1slice kek je..hihi
tapiiiii..kami hanya merancang, Tuhan yang menentukan, bilamana tetiba atok & nenek irfan kata nak buat doa selamat & sambut birthday irfan dekat seremban..
ok, makpak irfan turutkan saja & dalam masa yang sama, mak ipan pon terexcited jugak..heeee
terus plan itu, plan ini tapi plan sajooo, persiapannya biasa2 saja..takyah over sangat, bajet makpak kecik je..hihi

telah dibincangkan, sebulatsuara pilih tarikh 26september2015 (sabtu) untuk majlis tersebut..
alang2 raya haji jatuh pada hari khamis, kami satu keluarga terus amik cuti sampai ahad..

majlis yang ringkas, tapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga & teman2 ibu..
thankyouuu semua :)

majlis mula jam 2.40pm
dimulakan dengan takbir sempena Aidiladha, doa tolak bala, doa selamat & sambutan hari lahir irfan..kami juga adakan cabutan bertuah..hehe..suka2..

 deco-deco by mak ipan..hee

 smurfs!

 sebelum majlis, segak lagi masing2..hehe
temanya biru putih


 irfan dah setahun..yeayy!





 mak ipan


 raisyaaaaaa, sampai hati pukul birthday boy..hihi
next month irfan datang majlis raisya pulak ye..InshaaAllah.. :)

 seeeee..bluuur je sekecik ni
makpak dah excited..hehehehe


 

 raiysa & irfan : beza 20 hari
mak sama2 pregnant & sama2 pantang..
ok, nanti saing untuk adik2 irfan & raisya pulak ye..hihi

 kami sambut sekali birthday nek anum yang ke 75 tahun

 cucucicit nek anum


selesai majlis, ibubabahirfan berpeluh sakaaann..

 yeayy!ipan dapat banyak hadiah
terima kasih semua :)

takyah bukak hadiah pon takpe, dia seronok main macam tu je..hehehe

terima kasih teramat sangat untuk family yang sponsor itu ini
family yang bertungkus lumus melancarkan majlis
family yang hadir memeriahkan majlis, jiran2 dan teman2..
doakan irfan dipanjangkan umur & menjadi anak yang soleh :)



.. myrah ..

Selasa, September 29

29/9/2015, happy birthday anak ibu!




29/9/2015, 8.53am
happy first birthday muhammad irfan anaqi!
ibu doakan semoga irfan diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, jadi anak & cucu yang baik kpd ibubabah & atoknenek..
dan juga segala yang baikbaik untuk irfan..
ibubabah sayanggg irfan dunia akhirat..



.. myrah ..


Isnin, September 28

Aidiladha 1436H




Tahun ni, raya Aidiladha dekat seremban sajo
macam biasa, suami i is kerja so dapatlah beraya kejap pagi itu..
dan ini jelah gambar family yang ok..hehehe



.. myrah ..

Rabu, September 23

throwback : irfan, 11 bulan :)

ok, ni entry throwback yang terakhir..
akhirnyaaaa..hihihi



 anaqiaaaahh..hehehhee

 jari tu, sukaaaaa tunjuk camtu..

 suka dapat kerusi makan sendiri, dah boleh join ibubabah makan kat meja..hee

 swiminggggg..kali ni bawak mandi laut pulak..
tak takut, tapi irfan tersangat suka..
tapi bila tertelan air masin, terus bluur muka tu..hikhik

 balik school wajib makan 2keping biskut..


 sekarang suka sangat main dekat tingkap..
kejap2 duk selak langsir..kadang bangun tidur, terus je merangkak ke tingkap tu..


 siapa budak masham angkat tangaaann...
saya!ok, memang masham..ibu suka! ;)

 perangaiiii..haha

budak pokok kelapak..hihi 
rambut dah panjang, nak potong sayang sebab rambut halus 
niat lepas birthday dia baru potong..kalau ibu tak berat hati lah..hehe

 ok, next entry?
muhammad irfan anaqi turns 1! :D


 ok, dikesempatan ini jugak saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha..




.. myrah ..
 

Selasa, September 22

throwback : irfan, 10bulan! :)

usia masuk 10 bulan, irfan jadi seorang budak yang kuat makan..
Alhamdulillah..mula2 dulu risau gak sebab dia jenis yang taknak makan tapi sekarang senang je..
tak tolak2 makanan lagi..





kegemaran dia, upin ipin!
kalau dengar lagu je dah excited..
satu lagi yang dia suka, lagu stawbery karipap..
kan selalu keluar kat chanel 611, dah selalu dengar, terus suka..hehe

satu lagi kegemaran sikecik ni, kasut
kadang dibagi peluang untuk pilih kasut atau toys, dia akan pilih kasut..
kasut lagi best agaknya..huhu

upin ipin apiiinn..


dah besar pon hisap jari lagi...sabar la ipan, nanti ada rezeki dapatlah awak adik.. :p


irfan ikut ibu pergi kursus tapi duduk kat bilik jelah dengan babah..
bosan sampai mengamuk..masuk swiming pool terus gembira
lepas tu mengamuk balik..hehe



layan upin ipin lagi..hehe


.. myrah ..