Rabu, April 22

susu untuk irfan


salam..
Alhamdulillah, hari ni irfan dah berusia 6bulan 24 hari..
seronok bila tengok anak membesar tapi kadang rasa macam kenapalah cepat sangat awak membesar..tak puas lagi nak gomol2..hehe

hari ni nak bercerita tentang susu untuk irfan..
Alhamdulillah, aku berjaya susukan irfan dengan susu ibu sepenuhnya sehingga dia berusia 6 bulan..
semua ibu berniat nak susukan anak sehingga 2 tahun, aku pon macam tu jugak..
tapi, bila start kerja & irfan usia 3 bulan..pengasuh cakap susu yang aku bekalkan tak cukup untuk irfan sebab dia kerap menyusu
yela, masa cuti 90 hari dia asyik mengempeng je kan..so dah terbiasa..
pengasuh mintak aku topupkan dengan FM 
masa tu dah rasa sedih, sebab irfan baru 3 bulan, tak sampai hati nak bagi dia FM..huuh

masa tu aku guna single pump & dapat je bonus bulan 1 terus ajak suami beli pump baru
nak yang double, kononnya pengeluaran akan lebih banyak dengan double pump.hehe
aku ada jugak ambil makanan tambahan untuk tambahkan susu macam coklat & habassyi oil tapi pengeluaran susu tu tetap tak luar biasa tapi adalah penambahan sikit & cukup untuk irfan..Alhamdulillah..

kalau orang lain, beriya upload gambar susu dalam fridge kat fb..punyalah melambak kan, memang jelous sebab stok aku tak sebanyak tu..
stok susu untuk irfan, kalau aku pump minggu ni dekat office, itu aku jadikan stok seminggu untuk dia, untuk minggu depan..masa tu memang bekerja keras untuk mengepump..
5.30 am dah bangun untuk pump sesi pertama.
pukul 10am & 2pm pulak pump di office..
bila balik rumah memang tak dapat nak pump sebab irfan asyiklah melekat je dengan mak dia ni..
perangai tu masih sampai sekarang ye..




 susu yang aku pump di office

 susu untuk bekal irfan di rumah pengasuh

 untuk bekal susu ke rumah pengasuh, aku dah siap masukkan dalam botol mengikut kuantiti oz yang irfan akan minum..so senang untuk pengasuh..
aku akan bekalkan 6 botol dan kadang akan ada lebih lagi 1 botol.

tapi sejak minggu lepas, stok susu untuk irfan memang merudum
kalau sebelum ni boleh buat stok untuk seminggu
sekarang, stok cuma cukup untuk sehari je yang mampu aku buat
means, aku pump hari ni, untuk irfan minum esok.

daaannn..dengan berat hatinya, semalam irfan dah start minum FM tapi tak sepenuhnya lah
aku still bekalkan BM untuk dia tapi tak sebanyak sebelum ni.
sebelum hantar ke pengasuh aku akan susukan dia dulu then kat rumah pon akan terus bg BM..
inshaaAllah aku akan terus bagi dia BM sampai dia usia 2 tahun walaupun dia dah minum FM
 semoga Allah murahkan lagi rezeki susu untuk irfan..



.. myrah .. 

Khamis, April 9

irfan bercuti ke port dickson!

19-22 mac 2015, bahagian aku adakan family day untuk staff2 yang beberapa kerat ni..
family day yang santai, hanya untuk rest..tapi aku tak dapat join 4 hari pon, cuma dapat untuk 2hari 1 malam je..gara2 si suami yang kerja..
takpelah, 2hari pon asalakan dapat bawak si kecik tu cuti2 malaysia dekat tempat makpak dia belajar dulu iaitu port dickson!hihi





ni tempat penginapan kitorang, rumah peranginan DBKL di port dickson..
mula2 duk terbayang rumah peranginan kerajaan yang lama2 tapi tempat ni baru & best!
aku dapat apartment 2 bilik & terus ajak family aku semua datang sekali..hihi
so total 10 dewasa & 2 kanak dalam apartment ni..tapi tidur bersepahlah semua..hee
 

 seperti yang dijangka, ifan mmg suka air..hehe
gud boy lah anak ibu :)

 bertiga


 dinner_big boss bagi ucapan sambil dukung dak ipan ni..senyap je dia..
senang lenang ibu babah awak, boleh makan dengan tenang..hee

checkout!

walaupun cuti yang singkat & dekat negeri sendiri je, tapi tetap seronoook bila ada sikecik ni..
tambah pulak dia langsung tak buat perangai..bagus, teruskan dengan perangai baik awak tu ye..
inshaaAllah hujung bulan ni ibubabah bawak awak berjalan lagi ok.. ;)


.. myrah ..