Isnin, November 16

pengasuh atau taska?

 salam..ok, irfan dah setahun baru nak cerita perihal pengasuh & taska dia..
nak cerita dari hari tu tapi asyik tertangguh & malas pastu lupa..hehe

time mengandung lagi aku memang dah target nak hantar irfan ke taska dekat office aku ni..
alasannya, senang!pergi balik kerja sama2, kalau anak tak sihat boleh turun jenguk tak kira masa..mudahkan..
start daftar irfan time kandungan masuk 7bulan..itu syarat yang taska tetapkan..nak bagi fair kat semua yang nak hantar baby sebab dorang cuma terima 10-12 baby dalam satu kelas..pastu yang tunggu turn nak beranak kemain pulak ramai..hihi
dan disebabkan aku memang berniat nak hantar kat taska sini je, aku pon takdenyalah survey2 taska lain..konon macam confirm dapat..hehehehe

dan....bila sampainya waktu beranak, call office untuk cek turn irfan & dapat tau turn irfan nombor 12..hoiishh..dah mula risau sebab cuti beranak 3 bulan je, dalam 3bulan tu mmg takkan sampailah ke turn dia kan..
pastu mulalah episod mencari taska dekat sekitar putrajaya..
aku google je then amirul yang akan call taska2 tu utk tanyakan kekosongan..dan jawapannya, semua taska adalah full pada januari 2015..
then google pulak senarai pengasuh..
bila call, katanya aku terlewat sikit sebab dia dah jaga 2-3 baby..
aku pon kalau boleh taknaklah dia jaga baby ramai sebab nanti takleh fokus kat anak aku..hee
tapi kakak tu baik, dia tolong aku carikkan pengasuh yang ada kekosongan..
dan Alhamdulillah dapat jugak pengasuh untuk irfan..

pengasuh irfan ni bahasakan diri dia umi..
dia bukan mengasuh irfan sorang je, ada lagi 5 orang tapi semua dah besar..irfan sorang je baby yang perlukan tumpuan sepenuhnya & dia dibantu oleh anak sulung dia..ok, dah boleh tarik nafaas lega.hehe
irfan ok duduk rumah umi, tak banyak kerenah cuma masalahnya bila pengasuh nak cuti balik kampung, dia akan cuti seminggu..fuuhhh..!
rumah pengasuh pulak dalam 5minit je dari rumah aku, so taklah susah sangat..

walaupun pengasuh dah ok, tapi aku tetap berharap irfan dapat masuk ke taska..
selalu jugak follow up dan akhirnyaaa turn irfan pon sampai..yeayy!
start duduk dengan umi umur 3bulan dan masuk taska umur 8 bulan..
 dah masuk taska, lagi senanglah kerja ibu..pagi2 takyah menyinggah mana2, terus je pergi office  :)

 hari pertama dekat taska..
irfan ok sajo, tak nangis & ibu lambai2 dia pon dia buat tak tau je..
mak je yang emo, anak relax je tak hairan..hihi



 baru minggu pertama dekat taska, dah kena join majlis sempena hari ibu & bapa..
sebabkan baby sume tak boleh jalan lagi, ha duduk lah dalam cot beramai2..hehe


 hari2 pon, sebelum hantar taska mak bawak masuk office dulu sebab mak nak punch kad..bila dah punch, nanti bolehlah main2 dgn irfan dulu kat taska..heee

 ada hari yang irfan demam, taknak susu botol..so mak kenalah turun dalam pukul12 unuk nenenkan dia..ha, senang kan..dulu kat rumah pengasuh pernah jugak macam ni, kenalah merajinkan diri drive demi anak..


 pergi rumah umi, 5minit perjalanan..
sekarang ke office ibu, lebih kurang 10minit, sempatlah jugaklah kadang2 nak mengamuk duduk dalam carseat tu..tapi bagi makanan, terus senyap..
irfan dan makanan, berpisah tiada..
tu tidur, sambil tangan masih ada biskut..hee





 irfan & friends
semua ni sebaya..comel jek!

teacher hantar gambar kat ibu..katanya penemuan terbaru, sekarang main ikut sukati je nak duduk mana2 yang dia rasa montot dia muat..hihi

irfan sekarang dah pandai jalan tapi masih lesen L & tak lama lagi kenalah keluar dari baby ke bilik toodler..sedih lah ibu sebab ibu nak ipan jadi baby jeee..jangan besar cepat sangat nak oiiii... T.T


.. myrah ..


Tiada ulasan: