Khamis, Julai 9

juadah berbuka

salam..
Alhamdulillah, sekejap je kita dah masuk ke malam2 terakhir bulan Ramadhan tahun ni kan..
sekejap je masa berlalu..
Alhamdulillah jugak, puasa aku setakat ni masih penuh..
harapnya sampai ke hujung ramadhan lah, tak yah fikir nak ganti puasa nanti.hehehe

ok, untuk ramadhan tahun ni..aku taklah serajin tahun lepas
tahun lepas kerap jugaklah aku masak tapi tahun ni macam tak berkesempatan
yela, si kecik irfan anaqi tu bila balik je rumah, kerjanya asyiklah nak melekat kat mak dia
satu kerja pon mak tak boleh buat bila dia nak berkeput je..fuuhhh!

tapi nasib baiklah si babahnya rajin masak sejak akhir2 ni..
err...rajin dan pandai masak, mengalahkan bini dia..hukhuk

ok, ni antara juadah sepanjang ramadhan ni..
tapi ni juadah yang masaklah, yang beli takyah semak kat sini.hehehe

kari ayam by babah irfan

 asam pedas ayam by babah irfan
donut by kawan2 ibu


sambal udang by babah
sup telur by ibu
agar2 by kawan2 ibu

 ayam masak kicap & sawi goreng by babah irfan
telur dadar sajo by ibu..hihi

nasi lemak by ibu

semalam masak ayam lemak cili api tapi takdo gambar, tak sempat sebab masuk dapur pukul 7pm, gara2 irfan yang asyik nak mengempeng..

ok, itu sajo..hari ni?
kita ke bazar jelah ye, teringin nak makan putu bambu!


.. myrah ..
 

Tiada ulasan: