Rabu, April 22

susu untuk irfan


salam..
Alhamdulillah, hari ni irfan dah berusia 6bulan 24 hari..
seronok bila tengok anak membesar tapi kadang rasa macam kenapalah cepat sangat awak membesar..tak puas lagi nak gomol2..hehe

hari ni nak bercerita tentang susu untuk irfan..
Alhamdulillah, aku berjaya susukan irfan dengan susu ibu sepenuhnya sehingga dia berusia 6 bulan..
semua ibu berniat nak susukan anak sehingga 2 tahun, aku pon macam tu jugak..
tapi, bila start kerja & irfan usia 3 bulan..pengasuh cakap susu yang aku bekalkan tak cukup untuk irfan sebab dia kerap menyusu
yela, masa cuti 90 hari dia asyik mengempeng je kan..so dah terbiasa..
pengasuh mintak aku topupkan dengan FM 
masa tu dah rasa sedih, sebab irfan baru 3 bulan, tak sampai hati nak bagi dia FM..huuh

masa tu aku guna single pump & dapat je bonus bulan 1 terus ajak suami beli pump baru
nak yang double, kononnya pengeluaran akan lebih banyak dengan double pump.hehe
aku ada jugak ambil makanan tambahan untuk tambahkan susu macam coklat & habassyi oil tapi pengeluaran susu tu tetap tak luar biasa tapi adalah penambahan sikit & cukup untuk irfan..Alhamdulillah..

kalau orang lain, beriya upload gambar susu dalam fridge kat fb..punyalah melambak kan, memang jelous sebab stok aku tak sebanyak tu..
stok susu untuk irfan, kalau aku pump minggu ni dekat office, itu aku jadikan stok seminggu untuk dia, untuk minggu depan..masa tu memang bekerja keras untuk mengepump..
5.30 am dah bangun untuk pump sesi pertama.
pukul 10am & 2pm pulak pump di office..
bila balik rumah memang tak dapat nak pump sebab irfan asyiklah melekat je dengan mak dia ni..
perangai tu masih sampai sekarang ye..




 susu yang aku pump di office

 susu untuk bekal irfan di rumah pengasuh

 untuk bekal susu ke rumah pengasuh, aku dah siap masukkan dalam botol mengikut kuantiti oz yang irfan akan minum..so senang untuk pengasuh..
aku akan bekalkan 6 botol dan kadang akan ada lebih lagi 1 botol.

tapi sejak minggu lepas, stok susu untuk irfan memang merudum
kalau sebelum ni boleh buat stok untuk seminggu
sekarang, stok cuma cukup untuk sehari je yang mampu aku buat
means, aku pump hari ni, untuk irfan minum esok.

daaannn..dengan berat hatinya, semalam irfan dah start minum FM tapi tak sepenuhnya lah
aku still bekalkan BM untuk dia tapi tak sebanyak sebelum ni.
sebelum hantar ke pengasuh aku akan susukan dia dulu then kat rumah pon akan terus bg BM..
inshaaAllah aku akan terus bagi dia BM sampai dia usia 2 tahun walaupun dia dah minum FM
 semoga Allah murahkan lagi rezeki susu untuk irfan..



.. myrah .. 

3 ulasan:

dada berkata...

akk tak cuba makan Shaklee. akk ngn jiran org consume. penuh satu peti ais susu dieorg

myrah berkata...

dada : akak rasa shaklee macam tak memberi kesan kat tubuh akak la dik, dari sebelum mengandung lg..hihi

BungaTulip berkata...

Salam Myrah..

Alhamdulillah still bagi anak dengan susu ibu. saya dulu pun mcm awak jugak. awak boleh tambahkan kekerapan pam. tgh malam try la buat power pumping in shaa Allah boleh membantu tingkatkan hasil susu tu.yg paling penting mind set.. kena selalu ckp susu cukup untuk anak :)