Jumaat, April 18

cik aida dah bertunang!




 Alhamdulillah, sorang lagi girlfriend dah melangkah ke alam pertunangan..
tahniah tahniah dan tahniah..
now dah ada dua bakal mak orang, dua bakal bini orang & sorang lagi yang available..hehe

 majlis pertunangan diadakan pada ahad lepas di seremban..
tema untuk kawan2 adalah pink & si pentunang adalah biru tapi disebabkan dua2 makbuyung yang belum nak membuyung sangat ni dah tesangat limited baju yang dia muat, terpaksalah lari sikit dari tema yang ditetapkan..hehehe

kami sampai awal, pukul 11dan si pentunang tu pon dah siap bermakeup semua..
so amik gambar sikit2 then keluar tuk makan pulut kuning & sambung bergosip..hehe



 single lagi

 eh, dah jadi tunangan orang pulak..hehehe

 ini lah en tunang nya yang merangkap jiran selang beberapa rumah..
seeee..punya lah jauh2 bf2 dia sebelum ni, last2 jodoh dengan jiran jugak.. ;)

 kami :)

bff si pentunang..

tahniah aida, semoga dipermudahkan segala urusan untuk menuju ke gerbang perkahwinan.. :)
sorry, tercurik gambar dari fb & op kau..camera aku kan tak berfungsi time tu, menumpang camera orang jela..hehehe

ok, next?wedding si pentunang yang lagi sorang tu pulak..
tak sabar! :)
camni lah kami, bila ada majlis2 barulah jumpa..pasni mesti time raya baru jumpa balik kot..hehe



.. myrah ..


Rabu, April 16

rezeki 'si kecik' kami :)

Alhamdulillah, penantian kami selama setahun 4 bulan ini bakal berakhir, bila si suami akan berpindah dari JB ke putrajaya pada minggu ini.. :)
sesuatu yang sangat dinantikan selain mempunyai zuriat sendiri & rezeki ini datang setelah 4 bulan aku mengandungkan zuriat pertama ini..syukur..

sekarang ni, perlu siap sedia untuk pikul tanggungjawab sebagai isteri sepenuhnya sebab bukan weekend je jumpa, sekarang hari2..hehe
sebelum ni bangun pagi siapkan diri sendiri je dan terus ke office..petang pulak, balik kerja boleh pulak terus baring2, tambah pulak tengah pregnant ni kn..penat je memanjang..masak pon bila rajin..
tapi sekarang semuanya akan berubah..bangun kena lagi awal, sebab si suami kata hari2 kena ada breakfast..hamboiii..dah bagi arahan siap2 ni..hehe
malam pon kena ada dinner gak..ha, maknanya balik kerja, kena bersilat dekat dapur pulak pastu mesti pening nak masak apa..hee

ok, bercerita macamkan orang yang baru berkahwin..hehe
yela, cabaran baru nak bermula, itu yang kemain risau + excited..

dan yang paling best, lepas ni takyah lagi balik JB sorang2 naik bas..yeayy!!
masa aku 13weeks, balik jugak naik bus selepas 2 bulan tak balik sana, sampai2 je & jumpa mirul, aku terus nangis..sebabnya tak tahan, sakit belakang & lapar sebab bas tak berhenti kat hentian yang sepatutnya..adehhh..kelakar pulak rasanya..hikhikhik



harap semuanya dipermudahkan..
dan sebelum si suami sampai sabtu ni, aku kena kemas rumah dulu & yang paling penting kemas almari sebab 2 almari yang besar tu penuh dengan barang aku je so 5S perlu dilakukan.. ;p


.. myrah ..