Isnin, Ogos 4

salam aidilfitri 1435H

hyeeeee..selamat hari raya korang!
hari ni mesti semua dah mula bekerja kan..dah seronok cuti sakan, berat je kaki nak melangkah ke office pagi tadikan.hehe..tapi office aku masih ramai yang bercuti, amboi kemain memasing..sampaikan cafe office pon tutup lagi..

sekejapan je, hari ni dah masuk syawal yang ke8..kalau minggu lepas, time camni semua tengah sakan beraya, bedal kuih muih, rendang, ketupat bagai..termasuklah aku..hihi

kalau tahun lepas, tahun pertama menyambut syawal sebagai isteri, dimulakan dengan turn suami..dan tahun ni, turn rumah isteri pulak..turn tu hanya digunapakai untuk raya pertama je, lepas tu, balik jugak rumah mak pak mertua..
tahun ni beraya dekat seremban adalah sangat meriah!semua adik beradik aku ada masa raya pertama tu..berkumpul rumah nenek macam biasa..hampir semua anak cucu nenek balik sampaikan nak duduk pon macam takde space kat rumah tu dan secara kebetulan hampir 90% dari sepupu sepapat aku bertemakan colour BIRU..termasuklah family aku.hehe


 family tersayang :)

 baru ada sorang cucu, inshaaAllah tahun depan bertambah sorang lagi kat sebelah atok & nenek..
b, tahun depan raya seremban lagi lah ek..heheheh ;p

 
 kesayangan ni..
balik kerja pukul 5am, sempat tidur lbh kurang 4 jam je..pastu melayan kerenah bini yang beraya sana sini..hee

 kesayangan maklang, naufal & iqa

 kesayangan maklang, abang akip si budak bertuah..
asyiklah suruh baby dalam perut maklang ni tendang2 dia, kemain excited bila baby bergerak2.hehe

 ira, mak, kaklong
dulu i is paling kuncup, sekarang???? :(

 raya ke2..peach!
sempatlah beraya 2 buah rumah..
si suami ni balik pukul 6am, sempatlah tidur 4 jam jugak..

raya ke3..pagi2 dah kena pergi KK senawang utk tumpang checkup..
yela, nak balik putrajaya mmg tak gigihlah kan..
nak tangguh, tak boleh katanya so ikut jela..
Alhamdulillah, hb yg low dah ok..berat yang turun time bulan puasa pon dah kembali naik..
tp risau jugak, kot time raya ni dia naik sakan pulak kan..hihi
sehari sebelum raya, timbang turun lagi, 51kg..
3 hari raya, pergi KK dah jadi 52kg..lagi seminggu ni nak ke next appointment entah berapa banyak pulak yang naiknya kan..haiyaaa...hihi

 balik jb!
tapi sebelum sampai jb, singgah dulu rumah2 mak2 sedara amirul di batu pahat & rengit..
gerak pukul 10am dari seremban, pukul 12malam baru sampai rumah jb..sakan berjalan!
sampaikan tak sedar kaki dah bengkak macam kaki gajah..haha
ok, dah 31w so normal lah kot kan..hee

 kesayangan pashu, raziq!
sorang ank buah seremban, sorang anak buah jb..
budak kenit yang banyak akal.. 

raya ke4 takde gambar, beraya lagi ke kota tinggi & pasir gudang..
semua rumah duk hidang nasi..Ya Allah, penuh perut!
macam manalah berat tak naik kan..hukhuk

raya ke5, berdating!carik barang baby kononnya tapi hasilnya takdooo..

 raya ke6, pulang semula ke seremban..
sambung raya lagi dan lagi.. :)

 pakcik ni kepenatan, asyiklah jd driver kesana kesini..hihi
terima kasih suami, sebab bawa isteri mu yang comel ni berjalan sakan..kehkehkeh
luv you abang!



sekarang menanti update dari korang semua pulak..suka baca cerita2 raya orang lain..
seronok je..so rajin2lah update ok.. ;)



.. myrah ..

2 ulasan:

cik fadh berkata...

selamat hari raya mommy ! amboiii sakan beraya eh ! hehe

myrah berkata...

kenalah sakan, raya haji nanti dalam pantang..hihi