Khamis, Julai 17

persiapan raya?

salam 19 ramadhan!
wahh..sekejap je masa berlalu, kita semua dah hampir ke 10 malam terakhir bulan ramadhan tahun ni..
macam mana dengan puasa anda semua, kalau ikutkan aku, nak puasa penuh tapi apakan daya, dah terlebur 1 hari gara2 terlajak bangun sahur..sedar2 dah pukul 6.20 pagi..mula2 gigih jugak puasa tapi pukul 10 dah berbuka, sebabnya baby tak aktif..senyap je dalam perut..so sangatlah risau..huhu
lepas je minum & makan biskut, terus dia bergolek keriangan..haiyakkk..bikin suspen je awak ni tau..huhu

macam mana pulak dengan persiapan raya korang?aku biasa2 je..
shoping pon tidak, cuma shoping baju2 si suami je & sempat jugak beli jubah lagi satu untuk diri sendiri..
sekarang nak beli baju, kemain payah..bila beli saiz S, tang perut kemain ketat..bila beli saiz M keatas, tang perut ok, tapi tang lain tu besar..dah macam pinjam baju orang pulak..
ok, menangis dalam kegembiraan..menangis sebab susahhh nak dapat baju yang berkenan kat hati, gembira pulak sebab masih kekal dengan saiz S..hihihihi
hope lepas bersalin akan kekal jugaklah..heee :p

kuih raya pulak macam mana?
amirul kata, kuih raya tak perlu kat rumah kitorang sebab kitorang tak raya tahun ni, dia kerja..
ehh..yang kerja awak, saya tetap raya ok..
dan mmg aku langsung tak tempah kuih raya macam tahun2 lepas..
mood nak raya pon sebenarnya tak berapa nak ada sebab sekarang asyik fikir pasal beranak je..hehe
tapi..hari ni office aku buat jualan pasar ceria anjuran bersama kementerian asas tani..
macam2 ado, yang paling banyak tentunya kuih2 raya..
dan bila dah ada depan mata, terbelilah jugak..tapi bukan untuk rumah sendiri, untuk bawak balik seremban..harga?
murah berbanding dengan harga diluar..tapi kalau nak lagi murah, bolehlah borong time malam raya..hehe

ini je yang tercapai..nasib baik duit dalam purse cukup2 je, kalau tidak, mau aku tambah lagi..sebab ada cookies lain yang aku minat..ok baby, awak jangan meleleh airliur ye nanti..hehehe


.. myrah .. 

2 ulasan:

cik mah berkata...

Bby sj je ek...xkasi ibu die puasa pnuh...nk mnja2 lah tu...

myrah berkata...

demi baby, ibu dia redhaa jela..hehe