Khamis, Julai 24

dah sampai ke penghujung ramadhan..

salam..korang dah start bercuti ke?
aku tahun ni tak  lah segigih tahun lepas, cuti seminggu awal..hehe
yela, dah serumah dengan suami, so takyah nak mengada cuti awal..lagipun tahun ni turn balik seremban sajo tapi tak syok sangat sebab si suami tu kerja..huhu
inshaaAllah, raya ketiga baru gerak balik ke JB..
sekejap je masa berlalukan, hari ni dah masuk ramadhan yang ke 26..lagu2 raya pon dah banyak sangat keluar kat radio..semangat dengar kat office..hehehe

dah penghujung ramadhan, barulah cerita pasal hal2 puasa..
yela, nak update tanpa gambar tak best tapi masalahnya aku sekarang ni mmg paling malas amik gambar..tak taulah kenapa..pembawakan agaknya..hehe

sepanjang ramadhan, Alhamdulillah aku diberi kekuatan tuk bersilat dekat dapur, hampir 70% sepanjang ramadhan ni aku masak..tapi kadang2 tak sempat habis memasak, aku dah pitam..gara2 berdiri terlalu lama..
pitam dengan muka & bibir pucat, berpeluh sejuk sekali..pastu rehatlah sekejap then sambung balik..
yela, kang kalau tak masak..nak berbuka apa ek..suami pulak kalau kerja pagi, lepas waktu berbuka baru sampai rumah..kalau kerja petang je, baru aku tak masak, tawaf je dekat bazar..
disebabkan masih  amatur dalam bidang masak memasak ni, so masak yang senang2 jela..hehe :p


 goreng tempe + kari ayam
ok, kari ayam tu amirul yang masak..sebab aku mcm tak berapa nak confident..hehe

 nasi lemak
rasanya 2 kali kot aku masak nasi lemak dalam bulan ramadhan ni..
senang cuma banyak kerjalah kan..
kena masak nasi, sambal nasi lemak, ikan bilis, telur rebus, lauk sampingan..
fuhhh..macam manalah tak pitam..betul2 bersilat kat dapur..hihihi

 dah penghujung ramadhan, mood masak2 dah hampir hilang so kita berbuka kat luar jela..
dah dua hari berturut kot..hehe
tapi mlm ni kenalah masak balik..suami is kerjalah pulak..
tapi nak masak ape??

ada je lagi menu2 lain yang aku masak, tapi bak kata aku tadi..mood nak amik gambar tak berapa nak ada..jadi tak dapat nak tunjuk kat sini..cehhh..bajet macam sedap sangat aku masak..kehkehkeh


 terkini.
 mungkin sebab masakan aku, berat aku turun time puasa ni..
nampak sangat tak sedap ek..hihi
berat turun tapi perut membesar dengan jayanya..bukak almari, sedih sebab hanya 10% dari keseluruhan baju tu yang boleh dipakai..hukhuk
 
duit raya!
Alhamdulillah..tahun ni rezeki lebih sikit dari tahun lepas..
rezeki baby kan..semalam memang hari mengutip duit raya..sekejap2, orang panggil nak bagi.hehe
dapat duit raya, terus ajak suami shoping..hihi
setiap kali shoping, mesti beli barang baby..wajib!
tambah2 apa yang tak cukup..
then kononnya sepanjang mengandung ni, mood nak beli kasut handbag semua takde..
mmg betul mmg nafsu kearah tu tak berapa nak ada tapi semalam terbeli jugak handbag & sandal..
ok, nafsu tu dah datang balik kot sebab dah 7 bulan kan..hehehhee


ok lah, hari ni niat nak siapkan semua kerja..esok masih kerja tapi macam nak half day sebab barang2 nak bawak balik beraya tak kemas lagi..duduk berdua pon susah nak berkemas, kalau dah ada anak nanti mcm manalah agaknya kan..

dikesempatan ni juga, aku nak ucapakan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

kosong-kosong :)

2 ulasan:

cik fadh berkata...

comelnyer baby bump !!!

myrah berkata...

tapi tengok depan2, tak berapa nak comel..besarrrrr.hehehe