Selasa, Februari 4

TTC?

TTC atau Trying To Conceive..
seperti yang korang tau, dah genap setahun aku kahwin tapi masih tiada baby..
perasaan?bercampur baur..sedih ada, keciwa ada dan macam2 lagi..
rasa macam bersalah sangat sebab suami teringin sangat nak ada baby, dan kita jugak tapi masih tak mampu nak buat impian dia tercapai..
awal2 kahwin, aku ada berurut..first dan sencond time berurut, katanya rahim aku senget ke kanan..
lepas tu aku try ambik set kesuburan shaklee..ok, bukan nak kata produk ni tak bagus tapi mungkin rezeki tu tak juga sampai..tapi aku tetap ambil produk shaklee sebagai suplement..
then aku berurut lagi dengan seorang tukang urut dari seremban..3 hari berturut, time tu hari2 aku berulang dari putrajaya - seremban..time urut ni, akak tu kata semuanya ok cuma rahim aku tinggi sikit..ok, sorang kata rahim aku senget, sorang lagi kata rahim aku tinggi..
dan bila semuanya masih belum membuahkan hasil, aku terus decide untuk rujuk kepada doktor..
genap 9bulan kahwin, aku ke klinik rekha, seremban..rasanya orang seremban tau kot pasal klinik ni..
1st appointment pada september 2013, doc scan ikut bawah..huhu..malu takyah cakaplah kan tapi nasib baik awal2 lagi aku dah mmg decide nak pergi klinik yg doktornya perempuan..hehe
bila scan, doktor kata semuanya ok dan dia minta untuk suami pula yang check..
2nd appointment pada oktober 2013, untuk suami pulak..dia perlu buat ujian kesuburan di pathlab seremban dan result akan dihantar ke klinik rekha dalam masa seminggu dan keputusannya, suami juga tiada masalah..
dan doktor minta datang lagi pada hari pertama period yang akan datang..
3rd appointment pada november 2013, doktor berikan clomid untuk diambil selama 5 hari ketika period..start makan dari hari kedua period dan doktor tetapkan satu tarikh untuk aku datang balik & tarikh tu dijangka pada hari subur..
appointment seterusnya dan juga yang terakhir, pada awal disember..ha, terus yang terakhir ya..hehe
jumpa doktor dalam pukul 4, doktor minta kencing dulu siap2, then masuk bilik untuk scan lagi..
time scan tu, doktor kata ada 2 telur yang dah matang..doktor tu punya excited macam kan aku dah pregnant anak kembar..heheheheh..dan dia terus kata, malam ni dah boleh bersama suami..hihi
"tapi......malam ni suami saya takde, malam esok sempat tak doktor?'haha..boleh lagi tanya mcm tu kan..doktor kata boleh je, bersama selama 3 malam berturut katanya..heee :p

doktor kata kalau tak period, datang dalam tarikh yang dia bagi atau kalau period, datang hari pertama period..clomid akan diberikan lagi..huhu
tapi....23hb disember, sakit perut yang teramat sangat dan keluar ketulan darah dan diringi dengan period yang pendek..huhu..tak dapat jadikan 'rezeki' itu sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang pertama....


bersambung.....


.. myrah ..


6 ulasan:

Fiqah berkata...

Sabar la adik..akak tunggu sampai 6 tahun baru dapat ni ha..usaha lebih sikit. Ada tak pergi check darah? Mungkin adik boleh cuba kat hospital kerajaan.

cik mah berkata...

insyaAllah xlama lagi rezeki kamu..bnyk bersabar..cik mah doakan...

anis berkata...

sabar ye myrah..insyaallah ade rezeki nanti..jangan stress2 sangat k..selalu akan doakan yang terbaik..

NFAM berkata...

salam. sama la situasi dengan awak. Moga ada rezeki kite nanti..:)

Maya Dhira berkata...

sabar ye...itu je kte bole ckp...semoga cpt2 lekat...Insyaallah.. ade yg kata mkn acid folik bg rahim oke ke ape..ce google..

BungaTulip berkata...

Salam Myra,
Doa banyak banyak ye moga diberikan rezeki. kita usaha selebihnya serahkan padaNya.