Isnin, September 23

bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa & tawakal

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil



copyfromfacebook..

Rabu, September 18

wordless wednesday : gila running man

 orang lain dah lama ikut running man, aku baru nak terhegeh2..ni semua gara2 amirul yang mempengaruhi..siap rekod byk2 episod, bini dia balik jb terus tengok berulang kali..huhu

bila dah balik putrajaya, mmg tak dapatlah nak tengok tiap hari kan..citer tu ada jumaat - ahad je kan..kalau tak silap lah..semalam terjumpa pulak link running man dekat fb, terus semangat nak tengok walaupun kat hp je, mmg tak berapa puas lah tapi tetap boleh gelak sakan lagi..hehehehe




lepas lunch tadi, bos keluar & aku saja2 search link running man..sekali terjumpa..terus layankan..
sekarang kat astro baru episod 133 kot tapi yang latest dah episod 163..
ok, mmg sakit perut nak gelak..puas aku tahan, kang kantoi lak dengan orang lain kan..hihi
last2, aku tengok kejap je sebab nak mengelak dari tergelak kuat.haha
 
ok, dah siap download, malam ni kita layan kat rumah ek..
jangan jiran aku terkejut dengar aku gelak sudah..hikhik :p

ok, tak berapa nak wordless sangat..hihihi..ampuun.!



.. myrah ..

Selasa, September 17

eh, kejap nya cuti!

 minggu lepas, hari rabu malam aku dah balik JB..khamis dah start cuti sampai lah isnin..cuti lama kannn..tapi bila dah nak kena balik, rasa macam eh, kejapnya dah 5 hari dekat jb..hukhuk
kalau ikutkan amirul yang nak balik putrajaya tapi sebabkan kitorang ada 2 jemputan kahwin dekat jb minggu tu, aku lah yang kena balik sana & balik awal sebab abah mirul datang kl tengok cucu so suami i sorang2 je kat rumah tu..sebagai isteri yang mithali, meh lah kita cuti awal dan balik utk menjaga makan pakai suami..hikhik

cuti yang dimanfaatkan sepenuhnya hanya untuk kami berdua..yela, duduk rumah berdua je kan..hehe
suami pergi kerja, bini sambung lepak depan tv tengok ulangan running man dari pagi sampai tengahari..pastu stop kejap utk masak & sambung balik tgk running man sampai suami balik..ok, dah gila runnigman pulak sekarang ni..

hari sabtu, pengapit ku aka kwn duduk sebelah menyebelah time kt poly dah sah bergelar isteri..
aku gerak dari rumah pukul 1 then sampai rumah pengantin pukul 2..gara2 sesat..nama je suami orang jb kan..hehehe :p
pengantin adalah sangat cantik..baju, pelamin, bilik semuanya la cantik belaka..



 tahniah aznita & shafiq!


 muka pelik sebab pakai tudung awning..
beratt je hati nak beli sbb tak biasa pakai tapi sebabkan amirul suka bini dia pakai tudung ni so beli jugak lah..katanya bila pakai tudung ni baru nampak mcm bini orang..apakah?? 
disebabkan suami suka, next time kena beli lagi tapiiiiiii satu tudung ni boleh dapat 10helai tudung bawal yang aku selalu duk pakai..huhu

ootd!
baju, tudung, handbag semua dah ok.tapi tang kaki, pakai selipar jek!hihi
kaki kampung weyyyy... :p

wedding hari ahad, tak amik gambar sbb bukan kawan aku tapi kawan mirul..hihi
yang bergambar sakan pon mirul dengan kawan2 dia je kan so malas nak update sbb takde gambar bini..huh!

.. myrah ..

Rabu, September 4

lelaki pegang handbag pasangan?

korang dengar tak hot fm pagi ni..dorang bincang pasal lelaki macho pegang barangan wanita, hancur!ha, lebih kurang mcm tu lah tajuknya..
dalam situasi aku, dulu sebelum kahwin aku tak suka amirul pegangkan handbag aku..
jarang sangatlah mintak dia pegangkan, even paper bag shoping, semua aku pegang sendiri..eh, ke suami aku yang tak gentleman??kehkehkeh :p
tapi paperbag tu normal lah kan, tapi handbag tu yang aku rasa mcm mengada sangatttttlah perempuan tu bila benda wajib yang kau selalu bawak ke hulur hilir, mintak pasangan yang pegangkan..bukan pegang sekejap, tapi bawakan terus..nanti mulalah aku mengomel dekat amirul "tengok tu, handbag pon nak suruh bf bawakkan..syg tak pernah suruh b bawakan pon"
tapi amirul buat muka selamba je, tak layan pon sebab aku dah banyak kali mengomel mcm tu..hihi

tapi.........................................
lepas je kahwin, terus ada perubahan pada diri..suka suruh suami pegangkan handbag..hihihi
tapi kalau tak suruh pon, si suami sendiri yg ambil & bawakan..terasa seronok pulak..
dulu tengok lelaki bawakan handbag gf, rasa menyampah..tapi sekarang tengok suami sendiri bawakan handbag bini dia ni, rasa mcm matanggg sangat!eh, ada kaitan ke?hahaha
tapi takpelah kan, handbag aku berat pon sebab ada barang2 dia sekali..so berganding bahu lah bawak handbag tu..hehehhee :p

muka redhooo..hehe

tapi time ni bukan aku yang suruh ya, dia ambil sendiri sebab tengok bini dia sibuk nak bergosip, bergambar dgn GRYC..


.. myrah ..

Isnin, September 2

atiqah's engagement day..

 31 ogos yang lepas, si pembuat hantaran tunang & kahwin ku telah selamat menjadi tunangan orang..
tahniah atiqah!kononnya dialah orang yang paling lambat tunang & kahwin kalau nak dibandingkan dengan kawan2 yang lain sbb tak habis study lagi, last2 takde angin ribut dapat jemputan untuk majlis pertunangan dia..hehe
paling hebat, persiapan untuk majlis pertunangan dia ni cuma dibuat dalam masa sebulan..perghhhh!..bincang dengan family, akhir bulan julai buat keputusan utk bertunang pada akhir bulan ogos..
aku dulu punyalah 6 bulan sebelum dah start buat persiapan, beli barang hantaran sikit2 kan, dia ni semuanya dalam masa yang singkat..hehe

 si cantik..
baju + makeup + handbouquet + hantaran = sendiri bikin

 muka i is tak bermaya..tensiooonn tengok muka sendiri kat cermin..hukhuk


 lepas ni turn cik intan  ni pulak..
tak sabar ni nak buat rombongan pergi batu kikir..hihi



gambar hantaran lupa nak ambik, yela datang sekali dengan rombongan lelaki kan..masuk rumah terus terjah atiqah..beborak dalam bilik rasanya sampai orang kat luar yang tengah berbincang tu pon boleh dengar..hihi..

tahniah sekali atiqah, semoga semuanya berjalan dengan lancar..  :)


.. myrah ..