Selasa, Julai 16

7 ramadhan

 salam..mcm mana dengan ramadhan korang?buat masa ni aku masih berpuasa penuh..hehe
untuk awal ramadhan ni, hari pertama puasa, aku  berbuka sorang di putrajaya..hari kedua berbuka dengan family di seremban, puasa ketiga berbuka dengan suami dalam kereta..hehe..hari keempat puasa di rumah mertua tapi hanya berbuka berdua dengan suami sebab mertua ku meniaga di bazar ramadhan..dan hari kelima berbuka di rumah nenek di seremban..ha, 5 hari di awal ramdhan, tempat berbuka adalah berubah2..hehe..dan start semalam, back to normal..berbuka sendiri di putrajaya..

juadah berbuka semalam..sambil makan,air mata mengalir..huwaa..sedihnya sorang2..hukhuk :'(

ok, lupakan perkara sedih..
nak cerita yang perkara yang seronok pulak..hehe
baju raya kami dah siapp!
sebenarnya dari bulan lepas lagi dah siap tapi baru minggu lepas berkesempatan nak amik..
excited gila kot..first time nak beraya bersama lah kata kan..tapi tahun ni beraya dekat jb dulu, tak tau lagi mcm mana suasananya..then baru balik seremban..selalunya raya pertama kat seremban adalah best..sbb semua akan berkumpul dekat rumah nenek..takpe2, tahun depan inshaAllah akan lebih best..hehe *pujuk diri*
 tapi ok jugak raya di JB, sbb sejak kahwin tak pernah lagi ziarah keluarga amirul dekat sana..dan inilah masanya kan.. :)

 ini lah baju kami..baju si suami dah tentu berteluk belanga, orang johor lah katakan..
colour?adalah rahsia..hihi..suami yang pilih, bini ikutkan sajo.. :)


 semalam dah siap mendobi baju2 ni..lepas ni maybe nak memBeading2 pulak..kot lah menjadi sbb tangan ku ni bukan berseni & kreatif pongg (--")

hari tu balik jb, sempat singgah plaza angsana..ok, baru first time pergi..tiap kali aku ajak amirul, jawapan dia mesti "eyh, tak penah pergi lagi ea"..kalau 10kali aku ajak, 10 kali jugak dia tanya soalan yang sama..haiishh..dia yang tak pernah nak bawak!
kat sana agak best sbb banyak booth2 yang jual baju raya..rambang mata..konon2 nak tengok2 je, last2 terbeli jugak..korang pergi lah sana, mmg banyak pilihan..
dan bila aku dah beli lagi sepasang baju kurung, amirul pon sibuk nak 1 lagi baju melayu yg sedondon dengan aku..haiyakk..perempuan normal lah baju kurung banyak kan tapi aku takde lah banyak mana pon..2 ni jela..hehehe..tapi kenapa dia nak sama dengan aku..motif??
ok, alasannya satu pakai time kat jb, satu lagi nak pakai time balik seremban..ok, alasan boleh diterima..then kami pon ke jakel jb..mmg besttttt..semua tengah kecoh dengan baju melayu aaron aziz by jakel & amirul salah sorang yg suka dengan baju tu..harga ok, sekali set dengan sampin..

korang yang tak carik lagi baju raya, bolehlah pergi jakel.. :)

ok, baju raya saya untuk tahun ni dah ready semuanya..lepas ni fikir benda lain pulak..
eh, tahun ni ada bonus tak ek????


.. myrah ..

Rabu, Julai 10

ramadhan 1434H

Alhamdulillah..diberi peluang untuk bertemu Ramadhan tahun ni..
tahun pertama menyambut ramadhan sebagai seorang isteri tapi masih berjauhan..dan tahun pertama juga sambut ramadhan sorang2 sebab housemate si erwina tu dah kahwin & sekarang tengah berpantang kat kampung..takde kawan nak ke Baram, nak share jus mangga & karipap giant!

untuk hari pertama ni, rasanya akan masak sebab malas nak jalan2 kat baram sorang2..huhu


.. myrah ..

Selasa, Julai 2

1julai2013

 walaupun hari ni dah 2 julai, aku tetap nak cerita pasal 1julai jugak..hihi
takde apa yg nak diceritakan pon sebenarnya cuma nak mengingati tarikh yang bermakna tu.. :)
semalam, 1 julai 2013 merupakan anniversary kami yang ke 4..wehoo!hihi
walaupun dah kahwin, tetap wajib ingat tarikh tu sbb semuanya bermula pada tarikh tu kan... ;)


awal berpacaran 

awal perkahwinan :)


tiba2 terbaca balik kisah kami yang berepisod dulu   klik sini
hahahaha..mcm hapeee je cerita aku tu..yela, budak2 lagi kan time tu..hihi

love you boyprengg!! :D



.. myrah ..