Selasa, April 30

Tahniah fazilah!

yeaayy!!my bff dah sah bergelar tunangan orang ahad lepas..seghoonok tgk orang tunang, terus teringat kenangan lama..hihi

minggu lepas kan aku kena pergi kursus dekat penang dari khamis sampai sabtu..sabtu malam baru sampai putrajaya & pagi ahad tu awal2 lagi aku dah balik seremban..excited kan..hehe
konon nak datang awal, nak bergambar sakan dengan si pentunang orang tu dalam bilik tapi sampai2 je kt rumah dia, rombongan dari pihak lelaki dah sampai..rombongan sampai awal sebab dorang ni berjiran..hihi..senang ek, takyah nak fikir kesesakan, sesat dll..mcm kes aku dulu..hee

bila jumpa je fazilah, tak sampai 2 minit sebab dia dah dipanggil keluar..
so, bergambor dengan cik intan jela..hehe
nak keluar dari bilik dah tak boleh sebab ramaiiiiiii sangat kat luar tu..macam dah majlis nikah aku tengok.hehe








kami..!! :D





tahniah fazilah..semoga perjalanan korang menuju ke bulan november nanti akan dipermudahkan..InshaAllah.. :)

sumber gambar dari hp sendiri, kawan2 & photographer..


Sent from Samsung Mobile

Rabu, April 24

Wordless Wednesday


hari tu baru cakap dengan amirul yang bini dia ni stress..tiba2 esok tu dapat memo kena pergi kursus pengurusan stress..haha..
tapi pergi kursus ni pon bikin aku stress jugak sebab tak dapat jumpa suami..minggu depan pon tak dapat jumpa sebab PRU..erm..sampai kesudahlah stress aku ni tak hilang.. :p



Sent from Samsung Mobile

Khamis, April 18

wedding review : outdoor photoshoot (majlis resepsi)

assalamualaikum wbt..masih tak habis2 lagi nak update pasal wedding yang hampir 4 bulan berlalu..
mcm manalah nak habis cepat, bila datang rajin, sehari sampai dua entry, bila datang malas, seminggu menghilang..hehe..ya, mmg sangat malas sekarang..tapi baca blog2 korang masih rajin.. :)

disebabkan seminggu aku menghilang, hari ni aku nak letak gambar banyak2..
untuk kenangan kononnya, hakikatnya aku yang sememangnya syok tengok gambar kahwin sendiri..hihi..ampuuunn... ;p

untuk sesi outdoor selepas majlis resepsi di seremban, dalam pukul 4pm kitorang gerak ke area bandar seremban..rasanya tempat ni mmg popularlah untuk orang2 soghomban buat photoshoot sbb tempat2 yang menarik agak terhad kat sini..huhu
 lokasi di perpustakaan lama seremban..time photoshoot ni pon ada lebih kurang 7 pasang pengantin lagi tapi kami je yang bercolour pink..hee


























 











masa photoshoot ni banyak gambar yang aku rasa mcm entah apa2 je sebabnya aku asyik gelak & senyum sumbing je..aku maluuuuu tu yang tak boleh fokus tu..ha poyo kan ayat aku..hikhik
nasib baik la geng OP adalah sangat sporting..

hoiishh..rindunya moment2 ni..rasa macam nak ulang balik je tapi memang mustahil je kan..
so korang yang akan berkahwin nanti, beter korang belajar senyum & berlakon dari sekarang..buang juga sifat malu, kalau tak confirm jadi macam aku..hihih :p



.. myrah ..