Jumaat, Mac 29

wedding review : button badges + doorgift + DIY

salam jumaat!hari yang sangat dinanti-nanti kan semua termasuklah aku..
nak jumpa suami lah katakan..hehe
hari ni aku nak review tentang benda2 kecik spt button badges, stiker, centerpiece yang aku rasa kalau takde pon boleh tapi last minit aku bikin kasi ada jugak dan doorgift..

first, tentang button badges..button badges ni aku dapat free sebanyak 20pcs sebab aku tempah TQ stiker dari stikerku.com..dorang buat promo, 1000pcs stiker akan dapat free 20 button badges..tapi promo dorang sekarang akan dapat free 30 button badges..wahhh..ini tidak adil!hehe
20 button badges tu aku hanya buat untuk family, bff & pengantin..hee
untuk saudara2 yang lain just beli bunga yang pin dekat baju tu je..err..aku dah lupa namanya..tapi korang tau kan..hee
untuk stiker, tiada gambar, lupo nak snap..huhu
eh, aku order stiker dlm 1500 kot tapi aku dapat maybe 2000pcs..terlampau banyak lebih..siap boleh letak dekat doorgift untuk kanak & kat rumah sekarang still ada banyak..nak buat ape tu..hehehe

emak pengantin & ayah pengantin :)

bff :)

kami si perantin yang punya..hehe


untuk doorgift, bunga pahar untuk letak dekat pelamin aku beli dekat nilai3..benda pertama yang aku beli lepas tunang..mak aku cakap beli sikit2, nanti takde lah duit tu rasa macam air je yang keluarkan..yer, mmg betul mak..tapi makin dekat dengan majlis, makin banyak duit yang keluar..haiyakk --'

 bunga pahar aka kupu2 telur..hehe 
pink + purple

 doorgift untuk tetamu, tiada perbezaan untuk semua..sebab semua yang dijemput adalah VVVVVIP..hehe
semua dapat telur + mineral water + cookies & jar

sebelum ni aku dah pernah buat entry pasal doorgift ni..boleh rujuk kat sini ye..


gift untuk kumpulan marhaban pulak aku cuma buat dalam 30 saja..
aku bagi tasbih, yasin & bunga telur..semuanya made from mydin & beli beberapa hari sebelum majlis..
untuk kanak-kanak pulak, bagi gula2 yang diisi dalam bekas apple lady..hehe (dua2 ni takde gambar..huhu)


 untuk majlis aku jugak, takde apa yang aku DIY pon sebabnya tangan aku bukanlah jenis yang berseni..hehe..yang mampu aku buat hanyalah...................

centerpiece untuk meja VIP aka rombongan pengantin 

dan juga ini!hehe




memang tak membanggakan langsung ek..peduliklah, daripada banyak DIY yang aku bikin, lagi banyak kecacatan dalam majlis aku kot.hihi

ok, itu saja..! :)



.. myrah ..

Khamis, Mac 28

Wedding Review : handbouquet

hari ni nak review pasal bunga tangan aka handbouquet
kalau time tunang dulu aku guna handbouquet yang ditempah dari puan nana , 
untuk nikah, majlis persandingan & bertandang aku nak sangat pakai fresh flower..hehe

seperti hantaran jugak, hal HB ni aku serahkan jugak kepada atiqah..
yeahh..bff ku itu mmg serba boleh orangnya..hee


majlis pernikahan



aku request calla lily tapi owner kedai kata takde stok then atiqah amik yang ini je..lebih kurang tapi nama dia aku lupa tapi yang penting aku sukaaaaa.. :D



majlis persandingan (seremban)



konon nak pink roses tapi nanti sama colour dengan baju & tak menyerlah..tanya pak tunang (sebelum kahwin), dia cakap amik white roses jelah dan atiqah pon cakap colour tu ok..

cost untuk kedua2 HB ini hanya RM50 sahaja kot..
atiqah beli bunga & dia gubah sendiri..wahh..save bajet..hehe


majlis bertandang (johor bahru)


disebabkan masa majlis di seremban tak dapat pink roses, majlis kat sini terus request nak pink roses..hehe
nasib baiklah mak andam tu layankan, dia beli bunga ni pon last minit, pagi sebelum majlis tu dia tempah, time si isteri makeup kan aku, si suami pickup HB tu..


suka dengan combination ni..
2 minggu lepas balik jb, bunga ni still ada dalam bilik, dan dah tersangat kering pon..hihi
untuk HB ni aku tak tau berapa cost sebab dia masukkan sekali dalam pakej dan pakej tu dibayar oleh suami tanpa ku tahu jumlah keseluruhannya..heee

dan secara keseluruhannya, aku tersangat berpuas hati dengan HB2 aku ni..
thank you atiqah & mak andam jb kerana membuat impian ku menjadi nyata..hihi 


.. myrah ..




Sent from Samsung Mobile

Rabu, Mac 27

wordless wednesday


amirul suhaimi 

nurmahirah 


gambar pasport laki bini.. :p

Selasa, Mac 26

wedding review : the hantarans

 ok, hari ni nak review tentang hantaran dari kedua-dua pihak..kami setuju untuk bagi 7 berbalas 9..
tapi hantaran ni tak termasuk gelang (batal air sembahyang) & cincin (utk amirul)..

dari mahirah kepada amirul :

buah

persalinan 

sirih junjung 

kasut

cookies

cupcakes

samsung tab


wallet & belt

perfume 


dari amirul kepada mahirah :


telekung & buku 

sirih junjung 

kek 

handbag

smartphone

perfume


buah



keseluruhan


untuk hantaran yang pihak aku bagi kepada amirul, telah dibikin oleh my bff..
dia jugak yang telah membikin hantaran tunang aku dulu.. :)
dan hantaran dari pihak amirul kpd aku pulak dibikin oleh kakaknya..
suka dengan hantaran yang kakak amirul buat..cantik & nampak soft je..
yang atiqah buat untuk aku pulak, semestinya jugak aku suka..
dulang hantaran aku guna cermin & lilin dari ikea..konon boleh guna balik untuk deco2 rumah tapi sampai sekarang nan hadooo..stil tersimpan dalam stor..hihi
takpelah, tunggu mood berdeco2 datang nanti baru buat..hee 



.. myrah ..

Isnin, Mac 25

Gambar kahwin kami dah siap! :)

album & gambar kahwin sebelah seremban dah siap minggu lepas..
lepas ni korang bersedia jelah untuk bosan dengan gambar2 kahwin sy yer..hihi :p





.. myrah ..



Sent from Samsung Mobile

Khamis, Mac 21

21march2013

tiap2 bulan mesti menanti tarikh 21hb..
kononnya ulangbulan perkahwinan la..heheheh..tp takde yang special sangat pon sebab sorang kat sana, sorang lagi kat sini..huhu..just wish by phone jela..
tapi hari ni, tidak kesorangan!suamiku bakal pulang malam nanti..yeayy!!
tapi dia sampai sini nanti dah masuk 22hb, so tak special jugak lah..hihi
tak kisahlah, janji dapat spend time dengan dia lebih lama minggu ni..selalunya 3hari 2malam tapi minggu ni 3hari 3malam..esok cuti!hehe..
sekarang ada perangai baru lepas kahwin, aku balik jb, ahad mesti malas nak balik putrajaya..kalau suami balik putrajaya, ahad mesti mengeluh nak balik jb..hihi

minggu lepas turn aku balik jb, ahad ptg tu dah siap2 nak balik..dah pakai tudung, beg semua dah ready, boleh pulak si suami suruh cuti isnin tu..dia pon nak cuti gak,malas kerja & suruh aku balik hari isnin je..
sebagai seorang isteri yang solehah, aku ikutkan jugak kata suami.. *dalam hati gembira xterkata* haha
tp disebabkan aku dah siap bagai & taknak membazirkan makeup yang telah dipakai, teruslah pergi ngedate..dari pagi muka dah moody sbb nak kena balik putrajaya tp sekelip mata berubah petang tu bila dapat extand lagi 1hari tuk ngedate.heeee :D

dan hari ni khamis, kami jumpa lagi..kejap jela kami berjauhan minggu ni..tapi minggu ni jela..minggu2 seterusnya startlah berdrama air mata balik kan..
bukannya boleh nak selalu je cuti..
hurm...tak boleh ke kalau pasangan suami isteri yang berPJJ diberi cuti 3hari seminggu..hehehe


my love & my everything :)


.. myrah ..



Sent from Samsung Mobile

Jumaat, Mac 15

kami yang dimamah usia......

ni yang dikatakan takde kerja nak buat kat tempat kerja..hihi
habis digodeknya segala app kt hp tu..pastu jumpa app ni..




mcm ni lah muka kami bila dah berumur 59 tahun..hihi..tapi mcm teruk sgt je..macam dah 80 tahun je kan..
hantar gambar ni kat amirul, katanya seram..haha..tak boleh terima kenyataan lah tu yang bini dia ni nanti akan berubah wajah seperti ituuu..
 muka aku dah mcm muka mak & nenek aku tapi mirul tak macam muka abah die pon..heheheh


.. myrah ..

Sent from Samsung Mobile

Jumaat, Mac 8

Selamat hari wanita sedunia :)


ketika Allah swt menciptakan wanita , 
malaikat datang bertanya, " mengapa begitu lama, Tuhan? "
Tuhan menjawab, " Sudahkah kamu lihat semua detik yang aku ciptakan untuknya? "
"Dua tangan mesti dibersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh digerakkan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
Dan semuanya cukup dilakukan dengan kedua tangan ini.."

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"
"Tetapi....Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya...Aku membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang Aku berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya"

Malaikat menyentuh dadanya, 
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

" Itu bukan kerapuhan, itu air mata, Aku berikan kepadanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan dan rasa bangga"

" Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

" Ya, Harus!!Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki..Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagian dan pendapatnya sendiri..
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit..
Mampu tertawa saat hatinya menangis..
Dia boleh berkorban demi orang dikasihinya..
Dia boleh melawan ketidakadilan..
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia..
Hatinya terluka saat melihat kesedihan..
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka..
"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, " Lalu apa kurangnya?"

Tuhan menjawab, " Hanya satu hal.....Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"




SELAMAT HARI WANITA!






Sent from Samsung Mobile

Selasa, Mac 5

pengaruh kuat..






anak buah aku pon fanatik dengan gangnam ni tapi takde la mcm budak ni kan..tapi comel gila kot..
tambah lagi si kakak yang ketawa besar tgk gelagat si adik..hehehehhe


.. myrah ..