Khamis, Mac 28

Wedding Review : handbouquet

hari ni nak review pasal bunga tangan aka handbouquet
kalau time tunang dulu aku guna handbouquet yang ditempah dari puan nana , 
untuk nikah, majlis persandingan & bertandang aku nak sangat pakai fresh flower..hehe

seperti hantaran jugak, hal HB ni aku serahkan jugak kepada atiqah..
yeahh..bff ku itu mmg serba boleh orangnya..hee


majlis pernikahan



aku request calla lily tapi owner kedai kata takde stok then atiqah amik yang ini je..lebih kurang tapi nama dia aku lupa tapi yang penting aku sukaaaaa.. :D



majlis persandingan (seremban)



konon nak pink roses tapi nanti sama colour dengan baju & tak menyerlah..tanya pak tunang (sebelum kahwin), dia cakap amik white roses jelah dan atiqah pon cakap colour tu ok..

cost untuk kedua2 HB ini hanya RM50 sahaja kot..
atiqah beli bunga & dia gubah sendiri..wahh..save bajet..hehe


majlis bertandang (johor bahru)


disebabkan masa majlis di seremban tak dapat pink roses, majlis kat sini terus request nak pink roses..hehe
nasib baiklah mak andam tu layankan, dia beli bunga ni pon last minit, pagi sebelum majlis tu dia tempah, time si isteri makeup kan aku, si suami pickup HB tu..


suka dengan combination ni..
2 minggu lepas balik jb, bunga ni still ada dalam bilik, dan dah tersangat kering pon..hihi
untuk HB ni aku tak tau berapa cost sebab dia masukkan sekali dalam pakej dan pakej tu dibayar oleh suami tanpa ku tahu jumlah keseluruhannya..heee

dan secara keseluruhannya, aku tersangat berpuas hati dengan HB2 aku ni..
thank you atiqah & mak andam jb kerana membuat impian ku menjadi nyata..hihi 


.. myrah ..




Sent from Samsung Mobile

4 ulasan:

Maya Dhira berkata...

nakkkk jugakk!! leh mintak tlg kt atiqah x?????

myrah berkata...

err..xberani nak janji, tp nanti kita tanyakan ek..

cik fadh berkata...

teringin jgk nk fresh flower nnt..wuaaa risaunyer nk bt preparation nnt...!

myrah berkata...

sila mulakan dari sekarang..chaiyok!hehe