Selasa, Disember 31

28.12.2013

 Alhamdulillah, pada 28.12.2013 genap usia ku 25 tahun..ok, dah tak remaja lagi..heee
benda paling excited nak buat adalah, tukar lesen baru..sehari sebelum birthday aku dah start cuti untuk ke JPJ..heheh


selesai buat lesen, selesaikan pulak benda2 lain yang penting then pulang ke JB utk ketemu dengan suami tercinta.. :p
gerak pukul 3, sampai pukul 6pm then siap2 packing bag, lepas isyak gerak ke tambun..
suami nak bwk isteri dia beronok-ronok sempena birthday dekat the lost world of tambun.. :)

 muka budak tak mandi pagi..

sabtu di tambun & penang, ahad singgah di jeti lumut..
ok, baru 6 bulan lepas ke sini, minggu lepas then minggu ni akan ke sini lagi..

ok, gambar adalah tidak banyak..tunggu kot2 nanti dapat gambar dari kawan2 amirul, baru aku update lagi..

kembali kepada tajuk, terima kasih buat kawan2 yang wish birthday aku sabtu lepas..
doa2 dari korang memang terbaik dan semoga semuanya dimakbulkan..aamiin.. :)
baru 3 hari menjangkau usia 25 tahun, esok 2014 dah masuk umur 26 tahun secara tidak rasminya..hehehehe



.. myrah ..

Selasa, Disember 24

21.12.2013

 Alhamdulillah..ikatan halal kami telah menjangkau usia setahun..yeayy!
ok, baru setahun ya..harap akan berkekalan sehingga ke akhir usia kami..inshaaAllah...
so apakah aktiviti pada hari tersebut??
kalau ikutkan aku, macam2 plannya tapi masa agak suntuk, sebab macam terkejar2..huhu
so begini jela kami celebrate hari istimewa ni..hehe
 breakfast yang simple..
bangun pagi, siapkan breakfast then baru kejutkan si suami..then letak sekali hadiah kt meja, kononnya surpriseeeee sangat..hihi

selesai breakfast, si suami membawa pula isteri ke pavi untuk si isteri memilih hadiah untuk diri sendiri pula..ha, hadiah untuk suami, aku yang pilih..hadiah untuk isteri, aku jugak yang pilih..haha..dasarrrr..

 beli topi baru, masuk kereta terus pakai..kalau ikut kan hati dia tu, dalam kedai tu lagi dia nak terus pakai..ini lah perangai dari dulu, kini & mungkin selamanya jugak..hehe

 isteri dapat apa???
dapat kasih sayangggg yang kemain banyak..hihihi :p

malam pula, kami dinner di pullman putrajaya..
so kami cuma breakfast then makan roti je sebab nak kosongkan perut..haha
yela, bufet kan..aku  ni dah lah jenis makan sikit cepat kenyang, kang membazir..hehehe


 pakai dress terus nampak kemetot..hee





ok, itu saja cerita anniversary kami..thank you husband untuk hari itu..
love you so muuuuccchhh! :)


.. myrah ..

Sabtu, Disember 21

setahun


"Ya Allah, sebagaimana Engkau jodohkan kami di dunia maka Engkau jodohkanlah kami semula di akhirat nanti tanpa terhakis sedikit pun kasih sayang di antara kami berdua "


21.12.2013, Alhamdulillah genap setahun usia perkahwinan kami..
terima kasih suami untuk  kasih sayang,susah payah, pengorbanan dan segalanya.. :')

                                                       - sayang -


..myrah..

Jumaat, Disember 20

jumaat

kalau tahun lepas, ketika ini aku sedang menanti detik 3.30 petang untuk dinikahkan dengan suami..hehe
dalam waktu sekarang juga, aku masih boleh bergaduh dengan adik aku dan risau pasal rombongan pengantin lelaki yang datang dari KL & JB sebab ada yang sesat..orang lain nak nikah, muka kena senyum je kan, aku lain cerita..masam je..pastu duk menyendiri..hihi..macam2 fikir, tak rasa diri ni bakal menjadi isteri orang sebab perasaan berdebar tu tak muncul2 sampai lah imam panggil keluar..hehehehehe
dah hampir setahun berlalu, inshaaAllah esok merupakan anniversary kami yang pertama.. :)


.. myrah ..

Selasa, Disember 10

7 safar 1934H - 7 safar 1935H


setahun_Alhamdulillah


.. myrah ..

Isnin, Disember 2

wedding fazillah & azim

yeayyy!!sorang lagi ahli dari GRYC dah selamat bergelar isteri..Alhamdulillah..
untuk majlis pernikahan yang diadakan di masjid paroi jaya, aku tak dapat datang sebab kerjaaa..
kalau aku balik 4.30 mesti sempat tapi time tu pulak aku kena balik lambat..huhu
 so stay jela kat office sambil tunggu update dari kawan yang lain..

malam tu, plan dengan kawan2 lain datang ke rumah pengantin..nak tengok dia tukar2 persalinan kononntya..last2, duk berborak & makan je kat kemah..hehe

 beautiful bride!
makeup adalah sangat cantik..sangat suka dengan makeup dia dari majlis tunang sampailah bersanding..baju nikah pon cantik, hasil kerja man kajang lah kata kan..hehe

suami & isteri :)

kami!
tak cukup sorang, cik intan lambattt..

malam tu feeling single sebab suami takde..tapi untuk majlis bersanding, suami i is adaaaa..
tapi tetap jugak rasa mcm tak kahwin sebab melepak dengan anak2 dara yang lain tu..hehe

wife & husband jugaaaa :)

kenyataan mereka berdua memang betol..
jborn masih menanti..hehe..cik intan pulak coming sooonnnn...yeayy!
aida takde dalam gambar, sibuk dekat candy buffet corner dengan boypren dia.haha

i love you tooooo..hihi :p

ketibaan pengantin..
time nikah cantik, majlis bersanding lagi dan lagi lah cantik!
makeup cantik, baju cantik, pelamin pon cantik.. ha, semua lah..hehehehe


kawan2 pengantin..11 tahun bersahabat..
Alhamdulillah..



selamat pengantin baru fazillah & azim
semoga ikatan yang terjalin akan sentiasa mendapat keberkatan dariNya & semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa..
dannnnn..semoga dimurahkan rezeki & dikurnikan anak yang comel2 belaka :)


.. myrah ..


Isnin, November 25

24november2013

 assalamualaikum wbt & selamat pagi! :)
wahhh..lamanya tak update blog..genap sebulan..hee 
takde apa yang menarik nak diceritakan pon sebenarnya..
tapi sempena birthday en suami semalam, si isteri pon merajinkan diri update blog hari ni..

sempena cuti birthday sultan johor pd hari jumaat, hari khamis malam si suami ni dah selamat sampai putrajaya..kemain happy si isteri..
tambah happy bila si suami tawar diri nak hantar & jemput si isteri dia yang kerja pada hari jumaat itu..
yeayy!dah nak setahun kahwin, baru sekali ni lah dapat suami hantar & jemput isteri..hihi

sabtu balik seremban sebab mak nak belanja sempena birthday menantu dia ni..
so malam tu ada kat seremban, tak tau nak surprise kan macam mana..kang lebih2, malu pulak dengan family..hihi
last2, suruh kaklong aku tempahkan pavlova..
malam tu paksa amirul tidur, kononnya siap tutupkan lampu
pastu si isteri ni keluar bilik sebab kek dah sedia letak kat luar, then bawak lah kek tu..
macam kelakar je sebab cover2..hehehe
mahap abang..tu je yang mampu dibuat..

 24 tahun lagi..

 25 tahun sudah!hehe


selamat hari kelahiran suami ku..
semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki & sentiasa menjadi insan yang cemerlang didunia & akhirat..
sayang awak dunia & akhirat!


.. myrah ..

Jumaat, Oktober 25

yeayy!hari ni dah jumaat.. :)

 as salam!
today is friday & my suami akan pulang ini malam..yeayy! :)



ok, gambar yang takde kaitan..saja letak bagi menghiasi blog yang dah tak berapa nak bermaya ni..hehe
okbaii!


.. myrah ..


Rabu, Oktober 16

salam aidiladha

fuuhhh..lama rasanya tak update blog ni..hehe
korang masih bercuti ke??aku dah start kerja hari ni, malas kemain tambah2 lg family aku semua masih bercuti..aku dengan amirul jela yang dah start kerja..hukhuk
macam mana dengan aidiladha korang..aku dah macam aidilfitri meriahnya..hehe..Alhamdulillah..dapat berkumpul 1family di rumah nenek di seremban..
erm..ok lah, takde apa yg nak diceritakan sangat pon sebenarnya..hehe
ok, selamat hari raya aidiladha dan selamat berkorban! :)

 suami & isteri

 si budak bertuah

 cousin yang single mingle

budak comel..kehkeh! :p


.. myrah ..



Sent from Samsung Mobile

Isnin, September 23

bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa & tawakal

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil



copyfromfacebook..

Rabu, September 18

wordless wednesday : gila running man

 orang lain dah lama ikut running man, aku baru nak terhegeh2..ni semua gara2 amirul yang mempengaruhi..siap rekod byk2 episod, bini dia balik jb terus tengok berulang kali..huhu

bila dah balik putrajaya, mmg tak dapatlah nak tengok tiap hari kan..citer tu ada jumaat - ahad je kan..kalau tak silap lah..semalam terjumpa pulak link running man dekat fb, terus semangat nak tengok walaupun kat hp je, mmg tak berapa puas lah tapi tetap boleh gelak sakan lagi..hehehehe




lepas lunch tadi, bos keluar & aku saja2 search link running man..sekali terjumpa..terus layankan..
sekarang kat astro baru episod 133 kot tapi yang latest dah episod 163..
ok, mmg sakit perut nak gelak..puas aku tahan, kang kantoi lak dengan orang lain kan..hihi
last2, aku tengok kejap je sebab nak mengelak dari tergelak kuat.haha
 
ok, dah siap download, malam ni kita layan kat rumah ek..
jangan jiran aku terkejut dengar aku gelak sudah..hikhik :p

ok, tak berapa nak wordless sangat..hihihi..ampuun.!



.. myrah ..

Selasa, September 17

eh, kejap nya cuti!

 minggu lepas, hari rabu malam aku dah balik JB..khamis dah start cuti sampai lah isnin..cuti lama kannn..tapi bila dah nak kena balik, rasa macam eh, kejapnya dah 5 hari dekat jb..hukhuk
kalau ikutkan amirul yang nak balik putrajaya tapi sebabkan kitorang ada 2 jemputan kahwin dekat jb minggu tu, aku lah yang kena balik sana & balik awal sebab abah mirul datang kl tengok cucu so suami i sorang2 je kat rumah tu..sebagai isteri yang mithali, meh lah kita cuti awal dan balik utk menjaga makan pakai suami..hikhik

cuti yang dimanfaatkan sepenuhnya hanya untuk kami berdua..yela, duduk rumah berdua je kan..hehe
suami pergi kerja, bini sambung lepak depan tv tengok ulangan running man dari pagi sampai tengahari..pastu stop kejap utk masak & sambung balik tgk running man sampai suami balik..ok, dah gila runnigman pulak sekarang ni..

hari sabtu, pengapit ku aka kwn duduk sebelah menyebelah time kt poly dah sah bergelar isteri..
aku gerak dari rumah pukul 1 then sampai rumah pengantin pukul 2..gara2 sesat..nama je suami orang jb kan..hehehe :p
pengantin adalah sangat cantik..baju, pelamin, bilik semuanya la cantik belaka..



 tahniah aznita & shafiq!


 muka pelik sebab pakai tudung awning..
beratt je hati nak beli sbb tak biasa pakai tapi sebabkan amirul suka bini dia pakai tudung ni so beli jugak lah..katanya bila pakai tudung ni baru nampak mcm bini orang..apakah?? 
disebabkan suami suka, next time kena beli lagi tapiiiiiii satu tudung ni boleh dapat 10helai tudung bawal yang aku selalu duk pakai..huhu

ootd!
baju, tudung, handbag semua dah ok.tapi tang kaki, pakai selipar jek!hihi
kaki kampung weyyyy... :p

wedding hari ahad, tak amik gambar sbb bukan kawan aku tapi kawan mirul..hihi
yang bergambar sakan pon mirul dengan kawan2 dia je kan so malas nak update sbb takde gambar bini..huh!

.. myrah ..

Rabu, September 4

lelaki pegang handbag pasangan?

korang dengar tak hot fm pagi ni..dorang bincang pasal lelaki macho pegang barangan wanita, hancur!ha, lebih kurang mcm tu lah tajuknya..
dalam situasi aku, dulu sebelum kahwin aku tak suka amirul pegangkan handbag aku..
jarang sangatlah mintak dia pegangkan, even paper bag shoping, semua aku pegang sendiri..eh, ke suami aku yang tak gentleman??kehkehkeh :p
tapi paperbag tu normal lah kan, tapi handbag tu yang aku rasa mcm mengada sangatttttlah perempuan tu bila benda wajib yang kau selalu bawak ke hulur hilir, mintak pasangan yang pegangkan..bukan pegang sekejap, tapi bawakan terus..nanti mulalah aku mengomel dekat amirul "tengok tu, handbag pon nak suruh bf bawakkan..syg tak pernah suruh b bawakan pon"
tapi amirul buat muka selamba je, tak layan pon sebab aku dah banyak kali mengomel mcm tu..hihi

tapi.........................................
lepas je kahwin, terus ada perubahan pada diri..suka suruh suami pegangkan handbag..hihihi
tapi kalau tak suruh pon, si suami sendiri yg ambil & bawakan..terasa seronok pulak..
dulu tengok lelaki bawakan handbag gf, rasa menyampah..tapi sekarang tengok suami sendiri bawakan handbag bini dia ni, rasa mcm matanggg sangat!eh, ada kaitan ke?hahaha
tapi takpelah kan, handbag aku berat pon sebab ada barang2 dia sekali..so berganding bahu lah bawak handbag tu..hehehhee :p

muka redhooo..hehe

tapi time ni bukan aku yang suruh ya, dia ambil sendiri sebab tengok bini dia sibuk nak bergosip, bergambar dgn GRYC..


.. myrah ..

Isnin, September 2

atiqah's engagement day..

 31 ogos yang lepas, si pembuat hantaran tunang & kahwin ku telah selamat menjadi tunangan orang..
tahniah atiqah!kononnya dialah orang yang paling lambat tunang & kahwin kalau nak dibandingkan dengan kawan2 yang lain sbb tak habis study lagi, last2 takde angin ribut dapat jemputan untuk majlis pertunangan dia..hehe
paling hebat, persiapan untuk majlis pertunangan dia ni cuma dibuat dalam masa sebulan..perghhhh!..bincang dengan family, akhir bulan julai buat keputusan utk bertunang pada akhir bulan ogos..
aku dulu punyalah 6 bulan sebelum dah start buat persiapan, beli barang hantaran sikit2 kan, dia ni semuanya dalam masa yang singkat..hehe

 si cantik..
baju + makeup + handbouquet + hantaran = sendiri bikin

 muka i is tak bermaya..tensiooonn tengok muka sendiri kat cermin..hukhuk


 lepas ni turn cik intan  ni pulak..
tak sabar ni nak buat rombongan pergi batu kikir..hihi



gambar hantaran lupa nak ambik, yela datang sekali dengan rombongan lelaki kan..masuk rumah terus terjah atiqah..beborak dalam bilik rasanya sampai orang kat luar yang tengah berbincang tu pon boleh dengar..hihi..

tahniah sekali atiqah, semoga semuanya berjalan dengan lancar..  :)


.. myrah ..

Khamis, Ogos 22

majlis bertandang_12januari2013

 salam..semalam ada bgtau yang aku akan update gambar untuk majlis bertandang kan..hehe..ha, meh aku share sikit gambar yang aku dapat dari OP kami..

 cincin nikah amirul & cincin tunang mahirah..
time nikah aku dapat gelang sajo..so gunalah balik cincin tunang tu.. ;)

 inai yang tak berapa nak menyerlah..jadilah..pakai pon dalam sejam je..


done! 

 first time tengok baju ni, 2 hari sebelum majlis bertandang..kali pertama tengok terus jatuh cinta..hehe
yela, pemilihan semua amirul yang buat sbb aku takde kat jb..so kitorang berbincang melalui whatsapp je..time dia send gambar, mmg colour baju dalam gambar tu sangat berbeza dengan warna asal..tak macam biru, tapi hijau..disebabkan warna hijau tu pon dah cantik, aku redha jela..konon tema biru, tertukar hijau..hehe
tapi bila tengok depan2, dapat wana biru yang aku nak sangat..Alhamdulillah.. :)

 pengantin lelaki yang hanya tidur 3 jam selama beberapa hari sebelum majlis..kasihan.....

done!

 pengapit kami yang ekspress..deal dengan dorang dalam 2 hari sebelum majlis..nasib baik masing2 free..







 ayah!





 family dari seremban bercolour purple :)




 mak ayah :)






 pengapit merangkap ex classmate di politeknik yang kehulur kehilir bersama..thank you ita :)
dia pon bakal berkahwin bulan depan..tahniahh!


saat ini mmg sebak, sayu, sedih & macam2 lagi..... 

 amirul's family in blue..


 suamiku bermuka penat..huhu


selesai bergambar kat rumah, kitorang gerak untuk sesi outdoor..
ingatkan nak buat dekat2 je, hutan bandar mutiara rini tapi petang2 weekend selalunya adalah penuh kat situ so terus ke nusajaya..terasa jauh sebab penat, sampaikan pergi balik boleh tertidur dalam kereta..dan yang paling best, nusajaya adalah kosong masa tu..takde orang..beza dengan tempat aku photoshoot time majlis dekat seremban, punyalah ramai pasangan pengantin lain ada dekat situ..tapi dekat nusajaya tu, hanya kami..
 


 



 ok, selesai sudah update berkaitan dengan majlis pernikahan, majlis pihak perempuan & majlis pihak lelaki.. semua ini adalah kenangan terindah buat kami dan sehingga kini aku masih membelek2 setiap entry berkaitan perkahwinan kami ni..rindukan semua tu.. :)


.. myrah ..