Selasa, September 18

doorgift #1

Alhamdulillah, untuk doorgift aku dah boleh tarik nafas lega..
sabtu lepas sambung misi yang tertunda sebelum ni..misi mencari dilakukan dekat nilai 3 sajo..dekat kan..
tapi ramai yang kata, barang2 dkt nilai 3 ni still mahal berbanding tempat lain..
hurrmm..no idea sbb aku x survey kat tempat lain..mmg fokus nak ke sini je..
tapi rasanya ada je kedai yang tawarkan harga yang ok & ada gak yang bagi harga yang xberbaloi, korang kena rajin round je untuk bandingkan harga kat setiap kedai.
tapi dapat orang mcm aku, masuk 2 kedai pastu pasrah je keluarkan duit..huhu

penuh keta aku!sit sebelah tu muat2 je untuk mak aku duduk..hehe

inilah barang yang berjaya dibeli..korang mesti tau apa kan yg dalam kotak tu..hehe
habis tenaga aku & kaklong aku mengangkat 3 kotak yang setiap satu tu beratnya 32kg dari basemnt ke tingkat 9..malam tu dua2 semput secara berjemaah..hehehe

aku beli jar ni sebanyak 1200pcs,bersamaan dengan 6 kotak..
tapi disebabkan keadaan si putih ku yang comel tu, cuma dapat bawak balik 3 kotak je..
so hantar ke rumah di putrajaya dulu..esok tu nak balik ke seremban, singgah balik dekat nilai 3 untuk ambil lagi baki 3 kotak..fuuh!!

3 kotak lagi di rumah family..

sekarang mencari idea, nak letak apa dalam jar tu..cookies?kacang?
hurrmm..no idea..tapi itu hal remeh je, awal bulan december baru plan nak beli..




ini pulak bunga pahar yang dah dibeli seawal bulan julai lg..
gara2 mak yang excited kan, beli je katanya kalau dah berkenan..hehe
ok gak beli awal hari tu, takde lah duit tu terasa mcm air je keluar..keluar sikit2 kan..
*hakikatnya dah banyaaakkkkk yang keluar..huhu*

stand untuk bunga pahar..bukan jenis yang cucuk2, jenis gantung2..hehe

ini lah bunga pahar yang xmacam bunga poh..hee

dah berkurun simpan dalam almari, xnak bagi berhabuk..

ok, dua perkara ni sudah selesai!
Alhamdulillah.. :)


Ya Allah Ya Tuhanku, kau permudahkanlah segala urusan kami....aamiin....



.. myrah ..



3 ulasan:

ananaifa enterprise berkata...

-salam perkenalan dan akak nak tumpang iklan sikit ye TT-

Salam to blogger sume ^___^

mencari cari doorgift utk majlis kenduri kahwin mahupun jamuan keraian anda? cuba lawati blogspot Ananaifa di waffle-comel-ananaifa.blogspot.com dan sekiranya berminat dengan tawaran kami, bolehlah proceed for next action ya!

//Jazakallah & Jazakallah again TT ^___^//

nina berkata...

nk tny..berapa eh harga balang kaca tu kalo kt nilai?

myrah berkata...

balang ada banyak design..harga antara 0.80-1.20..