Rabu, Julai 25

malaysia vs arsenal : amirul vs mahirah

korang tengok game malaysia dengan arsenal malam tadi?
walaupun malaysia kalah, tapi corak permainan dorang best kan.. *cehh..dah macam pengulas sukan*
sebenarnya aku xtengok sgt pon game malam tadi, tengok kejap2 je..yela, rumah anak dara kan..malam je, banyak drama yang menanti..hehe



sempena game ni jugak, aku dgn amirul sepakat nak 'beating'.dia ofcos lah pilih harimau malaya sebab xminat dengan arsengal arsenal, so aku pon redha terus pilih the gunners!
team siapa yang menang, akan dapat ganjaran kasut kahwin..means, kalau dia menang aku akan belikan dia kasut dan sebaliknya bila aku menang..ok, beating ni bukan bersifat pertaruhan yang haram tu yer..ni saja suka2 antara kitorang, tambahan pulak kitorang mmg plan nak carik kasut tuk majlis akan datang..huhu

tapi bila separuh masa pertama malaysia dapat 1 gol, aku dah gelabah gila babeng..tanya amirul dia nak kasut brand ape, terus nak mencongak bajet..hihi..mamat tu xleh caya, kang die ber'demand', pengsan aku nak bayar nanti..aku ni dalam kepala cuma nak minta dia charles & keith je tapi yang dia punya request..ya ampunnnnn!

disebabkan aku xmampu nak melihat kekalahan arsenal, aku terus menidurkan diri..konon boleh tenangkan jiwa sambil mencongak2 lah kan..then bila bangun je sahur pagi tadi, bukak fb nak cek status2..rupanya arsenal yang menang..yahooo!!!im the winner..hihi

ok, plan terus bertukar..dari kasut charles & keith, rasanya nak minta guess kot..ala, xmahal mane pon kan b..kahkahkahh..!!





















kasut oh kasuuttt..hehehe ;)



.. myrah ..








2 ulasan:

cik fadh berkata...

haha terbaekkkk !

myrah berkata...

hihi..menangis tunang aku!