Jumaat, April 13

perkongsian di pagi jumaat :)

satu perkongsian yang menarik dari Prof Dr. Muhaya

" saya berkesempatan untuk bertemu dengan ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. melihatkan kepada kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? 
jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau untuk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak untuk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. suaminya akan menyediakan susu kepadanya untuk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. sebaliknya suaminya akan menyediakan belakang badannya untuk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. bayangkan bagaimana emosi seorang isteri apabila setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami "

SUBHANALLAH.....indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???



















































beliau adalah USTAZ DON DANIYAL BIN DON BIYAJID  :)




.. myrah ..

2 ulasan:

wiena berkata...

Likeeeeeeeeeee!!!!! :D

myrah berkata...

kte pon like yg xterhingga..hehe :)