Khamis, Mac 29

senarai semak untuk proses merisik..sila maklum yer kaum lelaki..hehe



merisik :
pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut dibawa bersama..antaranya :


  • cincin belah rotan (cincin tanda)
  • wang tanda (hantaran)
  • baju sepasang atau kain
  • buah-buahan 
  • kuih-muih
  • menentukan siapa yang akan menjadi wakil anda
  • wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada keluarga perempuan samada anak gadisnya sudah mempunyai teman atau tidak 
  • jika tidak, keluarga pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis
  • jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan barang iringan yang lain diberikan 
  • jika mereka menerima barang yang diberikan maka secara tidak langsung si gadis telah bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut
  • wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran
  • menetapkan hari untuk melangsungkan majlis  pertunangan 

ok, ini yang aku dapat dari blog Alhaddad..cousin aku yang bagi link ni then suruh bgtau mak aku..
err..tapi ini bukan untuk aku yer, sbb aku xberniat nak merisik amirul..hehe..insyaAllah bulan dpn mak aku akan merisik gf abang aku..first time nak merisik anak org kan, gelabah sikit lar cik ton tu..so kena lar prepare dari sekarang..yela, sebelum ni anak dia je dirisik dan akan dtg pon same.. *ok, xsabar! heee gatal!

aku nanti mungkin xmelalui detik merisik ni kot, family aku terus proceed ke langkah seterusnya je..anak dia xmenyabar lar kate kan..hikhikhik :p


next aku sharing tuk pertunangan pulak ea..sharing is caring  :)


.. myrah ..




Tiada ulasan: