Rabu, November 30

sweet like sugar~ .. jeles i tauuu..hehe





.. myrah ..

tugasan akhir tahun :p


tadi terbaca dkt blog hunny pasal 'sesuatu' yang perlu dilaksanakan menjelang hujung tahun
apakah itu?ya LNPT..fuhhh~
paling malas nak buat tp selagi terikat dgn gov sector, slagi tu lar kena mngadap benda ni tiap2 tahun..
sebelum ni kena isi guna form, senang..skang online, mmg hampeh sbb internet mcm hareeem sikit kadang2..
yela, semua pekerja sektor awam seluruh malaysia guna benda yang sama kan..
tabah jela hati tunggu benda ni yg kdg2 tetibe je ter'hang'..haiyoookkk


LNPT ni perlu dihantar sebelum atau 5 disember, ntah sempat ke tidak sbb rmai sgt yg guna, so loading je manjangg..bosan mengadap!




.. myrah ..

Isnin, November 28

kisah di hari sabtu

-
seperti yang dirancang, 26november2011 adalah hari untuk berdating bersama bf
tiket untuk menoton twilight telah dibeli sejak hari khamis kot..xhengat suda..
kalau diikutkan, xde lar minat sgt cerita tu, biasa2 je tp layankan bf..birthday boy la kate kan org tua
sebelum tgk movie ni, ade je benda yang menyakitkan hati jadi, aku bajet mmg xkan tgk lar cerita ni
time tu rasa nak bertukar je jd singa betina tp bertahan lagi..hehe
perjalanan dari putrajaya ke mid valley, rase mcm jauh gilak!hakikatnya hati tgh panas even hujan lebat..hihi
 semua gara2 org tua ituuuu..ok2, yang berlalu biarkan berlalu.. xpuas hati lagi sebenarnya ni..heee



meh tgk trailer twilight saga breaking dawn part1


ramai yang tgk cerita ni cakap edward adalah hensem.. tp bagi aku dia sekadar sweet..ehe
kerna hati ini tetap memilih jacob yang macho ituuu..hihi
amirul pon kate edward tu hensem, konon mcm die lar..huh!
awk mcm jacob lar mirul, gagah perkasa!haha
tp dalam breaking dawn ni, aku telah terminat kepada watak seth si serigala..sweeeeeett!!
aku xreti nak buat preview cume boleh katakan, cerita ini best lar jugak, xde part yg membosankan  ;)
kemudian, nantikan sambungan episod ni, part 2 mgkin..





habis movie terus mencari tempat makan, lapaq wey..breakfast 2keping roti pukul 8am pastu pukul 6pm br makan balik..xde lunch, terus diner..gara2 marah dgn amirul tu, ku gagahkan juga perut ini untuk bertahan..

muka happy nak mencari makan, terus lupa yg diri ni tengah berangin taufan dgn mirul..
 tetiba terus keluar muka kebahagiaan..hahaha
mmg xbole nak marah lame2, kojap je da lupa..haiyooo

 muka happy tp lepas tu keluar muka tension pulak sbb pening nak  mencari barang
aku xtau nak bagi die ape as birthday present, die pon xtau nak ape
ok, mmg xsuprise sbb hadiah kena pilih sendiri
ini adalah terbaik, agar apa yang dibeli adalah menepati selera dan akan digunakan dalam jangka masa yang panjang..lain org lain caranya kan.. :)
actly terniat gak nak buat surprise tu sume tp mcm susah sbb jarak 300km tu telah memisahkan ktorg..
sebelum ni bole lar, jarak pD ngn putrajaya, sejengkal je rasanya..hehe
xpela, mungkin akan ada peluang tu nanti.. :)



p/s : pertemuan selama duahari adalah tidak mencukupi setelah berjauhan selama duabulan..huhu



.. myrah ..

Khamis, November 24

24112011

amirul suhaimi

happy birthday amirul..!

.. may Allah bless you
.. may all your dreams & wishes come true
.. wishing you miles of smile in the coming years
.. because you're the gift in my life, i give you my gift of love

L.O.L


p/s : xde suprise sebab jarak yg memisahkan kita..hihi



.. myrah ..

Malam Berinai..hihi

Baru dapat inai ptg td, malam ni da terus pakai..
Dgr je azan isyak, cepat2 selesaikan solat dulu..then memulakan misi berinai..sambil tgk masterchef.. *ok sedih, nik micheal terkeluar*
Pakai xsampai 10minit sbb x menyabar nak tgk hasil..hihi..oren sajo..ok la, nak kawen br la merah menyalaaa..hehe

p/s: yer, jari sy x cantik..hukhuk


Rabu, November 23

terima kasih ayah wina

Dapat ole2 dari mekah.. :)
Malam ni bole lar kerjakan jari ni dgn inai mekah ni..suka!!! :D


Jumaat, November 18

murah rezeki apabila berkahwin


Islam sebagai satu jalan dan cara hidup komprehensif memberi penekanan penting meletakkan garis panduan serta piawaian tinggi yang terperinci bagi membimbing manusia ke arah keredaanNya. Dalam Islam, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta seisi keluarga adalah perkara mulia dipandang penting.

Allah SWT yang mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri. Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia, contohnya keperluan ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup serta keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.


Oleh itu, semua orang yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)
Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga. Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu. Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)
Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya. Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:
“Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Islam sebenarnya tidak menggalakkan umatnya mengambil sikap berkecuali dengan tidak mementingkan urusan perkahwinan. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda:
“Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak.” (Riwayat Ahmad)

Namun begitu, kita perlu melihat dengan lebih terperinci bahawa apa yang menjadi impian Rasulullah SAW adalah umatnya ramai, berkualiti, mempunyai jati diri Muslim sebenar. Apakah yang dikatakan perkahwinan itu? Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy meletakkan definisi perkahwinan atau al-nikah sebagai ‘satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.’ Menerusi definisi ini, beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:

# Pertama, perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksankan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.

# Kedua, adalah jelas bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dengan itu, Islam tidak membenarkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik beradik, anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Termasuklah hubungan muhrim yang terbina dari pertalian darah, susuan dan persemendaan.

# Ketiga, hanya selepas wujudnya akad perkahwinan, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka ada pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian dan kegagalan itu. Itulah elemen keagamaan dan ketundukan kepada Allah di dalam perkahwinan.

# Keempat, definisi itu juga menjelaskan bahawa pasangan yang belum berkahwin, sama ada yang sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, maka hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembawaan dan keputusan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara bukan mengaibkan atau pelik dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.

# Kelima, akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima perkembangan yang berlaku di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.

# Keenam, perkahwinan adalah ikatan suci yang bukan saja menggabungkan dua insan, tetapi dua keluarga dan keturunan. Maka silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan lebih berseri.


sharing from iluvislam  :)


.. myrah ..

Selasa, November 15

15november1958

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 53
SEMOGA PANJANG UMUR, DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK & DIMURAHKAN REZEKI
KAMI SAYANG MAK!! :D


p/s : Ya Allah Ya Tuhan ku, ampunkanlah dosa ku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidikku ketika kecil..amin...



.. myrah ..

Isnin, November 14

Lunch Orang Diet

l

diet ke??
sebenarnya tidak..malas nak turun cafe jadi makan jela apa yang ada kat pantry tu ye
janji konyang..jum makannnn... :)



.. myrah ..

Jumaat, November 11

cicit ke 9

balqis ufaira
cicit ke 9 nenek anum aka anak buah sy yang ke 9
comel & semangat!3.29kg
errr..tp berat lg maklang kamu ni time bby..hihi..xpe2, besar nanti slim mcm maklang ea...ehe



.. myrah ..

Khamis, November 10

kenangan manis kau dan aku~ :p

 errr..malam tadi kemas2 bilik & selongkar segala khazanah yg dah lame xberusik then terjumpe benda ini
sebenarnya selalu je pandang benda2 ni tapi malas nk usik, bile usik malam tadi...dah berhabuk! mahirah pemalas

benda apakah itu?meh tengok.. :)

kotak cinta bersama calendar cinta :p
kotak tu adalah tempat penyimpanan segala benda yang merujuk kepada mahirah & amirul
benda apakah?nanti ea..hehe

calendar cinta..hihi
calendar tahun 2010, still simpan sampai sekarang..
tujuan??nak mengingati saat2 manis berdating..hahaha
xla, sebenarnya stiap kali aku ngedate ngn bf tersayang aku mst buat symbol SMILE dkt date tersebut
contoh mcm bulan may 2010..nampak kan..dlm sebulan tu berkali jumpe :)
cuba skarang?dalam 2 bulan baru dapat jumpe..hukhuk 


tu belum tgk calender tahun 2009, xtermampu nak letak symbol SMILE tu sbb tiap2 minggu ngedate
dia kat PD lg time tu so tiap minggu mmg die akan ulang alik PD - SBN - Putrajaya
kalau xdating hari sabtu, ahad dia akan hantar aku balik putrajaya
seronok gilak!ada org hantar balik putrajaya even dah ada kereta time tu..huhu
kdg2 jumaat pon dtg jemput tp jarang la..hehe *b, ingat lagi yg awak lenjun time jmput syg tu??? ;)
skarang??nan hadoooo!pandai2 lar kau sendiri ye..


ini lar sampah benda2 yg ada dalam kotak cinta tersebut

segala tiket & resit
paling banyak tiket movie lar..yela, dulu tgk movie seminggu or 2 minggu sekali
sekarang..?2 bulan sekali pon xtentu lagi..belum sempat ajak tgk, amirul da tgk dulu ngn kwn2 die.huh!
yolah, jauh katenya..pasrah~

bile dislongkar lagi kotak tu, ade tiket taming sari la, genting highland la
panjang je langkah dulu ek, skang masing2 da busy, xdo lar..
tiket bus pon ade gak..hihi..yela, mirul dtg sini kan naik bus & aku pegi jb pon naik bus gak
sume tu bukti tu, nak tunjuk kat anak cucu..
camni lar atok nenek korg time muda2 dulu..haha

ok2, habis suda selongkar kotak misteri cinta tersebut
now, fokus balik pada kerja poyo je!




































lasty, nak gak tepek muka sendiri..lame da xtepek muka tombam ni kt sini..ehhe

muka happy sbb esok saya cuti!!wehoooo



.. myrah ..


Selasa, November 8

fact




.. myrah ..

Sabtu, November 5

salam aidiladha

seruan takbir telah berkumandang memenuhi segenap ruang
dikesempatan ini, saya nurmahirah abdul rahman mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha 1432H
semoga pengorbanan yang dilakukan akan mendapat ganjarannya kelak..amiiinnn...

p/s : pengorbanan jiwa, hati dan perasaan boleh termasuk sekali x???



.. myrah ..

Jumaat, November 4

mari menjawab tag dari cik fadh!

sesungguhnya, lame sungguh diri ini kemalasan dalam membuat tag
tapi kali ini, kerajinan pula untuk membuatnya..gara2 telah di tag oleh cik fadh..agak lambat sikit kerana membusy dengan kursus..hehe..ok jum kita mula..!!




ini merupakan peraturan kepada tag ini.. :)

1. You must post these rules
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag backs.
7. No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you're reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.




11 things about myself
  • nama saya nurmahirah abdul rahman
  • telah dilahirkan pada 28 disember 1988 ok, dah bole prepare hadiah untuk sy..hihi
  • anak ke-3 dari 5 beradik   yang tongah
  • merupakan seorang setiausaha di sebuah kementerian di putrajaya
  • merupakan Alumni Politeknik Port Dickson
  • mula berbloging dari tahun 2009  err..baru lagi laa
  • suka tidur awal, tp bangun tetap gak mcm biasa..hehe  xde life kt putrajaya ni woiii.
  • paling xsuke nak menunggu aka jadi penunggu..paling benci!!
  • kalau pakai makeup, serupa mcm xpakai sgt je...haha.. xgheti makeup lor..apa punya PA daaaa
  • cepat nak touching, hati macam tisu lar konon kan..hehe..lepas tu jap g nangis lar..haiyooo
  • sekarang rasa bersyukur sebab berjaya memikirkan 11 perkara tentang diri sendiri..hihi

jawapan dari tag cik fadh
  • nickname adalah "myrahisme"..bila dipecahkan menjadi " myrah is me" atau bila di BM kan menjadi myrah itu saya..hehehe
  • personal blog  :)
  • tentu2 lar entry yang best lagi penting..kalau xbest, ado yg nak baca ke???
  • banyakkkkk sgt..salah satu blog cik fadh la!! :)
  • ilmu hisab..!!hehe
  • err..kalau yg xsuka bole x??sbb banyak sikit..hihih
  • mandi then melepak depan TV
  • err..mengadap dua2 tu hari2, tp fb cepat bosan..blog tentu2 tidak..suke membaca lar kate kan..hehe
  • BE?pernah sajo..income pulak, ade lar cket..lepas lar duit nak beli gula2 tuk akip..hehe
  • tentu2 lar baca cik adik oiiii...hehe 
  • rajin or x??disebabkan da siap tag ni, dengan bangganya sy mengaku diri saya RAJIN!!haha

kalau xnak tag kat siapa2 boleh x??xkena apa2 denda kan..hehe
cik fadh, tag ini telah diselesaikan.. :)



.. myrah ..

siapakah budak ini???

yang mana satu menjadi pilihan kalbu??



tadi kejumpaan dengan gambar ini..
sekali tengok da boleh tau sape gerangan si berbaju kuning..hehe
wajib lar kenal kan, kalau xkenal maka xcinta..eyh??hehe




.. myrah ..