Rabu, Februari 23

Jawapan kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

-

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

-

Penulisnya menulis:

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

-

Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

-

-

p/s : entry ni just copy paste dari faceboook

-

-

.. myrah ..

Isnin, Februari 21

entry nurshazwani yg sengal..heheheh "p

-
skarang ni baru tau yg cousin2 ku juga telah berkecimpung dalam alam blog..
ingatkn gue sorg je yg minat merepek dalam blog, rupanya ada lagi 'anum's cucu' yg mempunyai habit yg same..hehe
yang sorg ni aku baru dapat link dye tadi, latest entry dye pasal family kitorg..
baru baca cket aku da tgelak sorg2, korg mgkin xrasa pape, tapi aku mmg rasa kelakar..
sengal gak kau ni wani!hehehe :p
-
korang nak tau entry apa yg dye create?
xnak tau pon buat2 lar macam nak tau ea..heeee
jum kLik ini link
anum's famiLy
-
-
-
.. myrah ..

Khamis, Februari 17

dia lah jodohmu~

-

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

-

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

-

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

-

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

-

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

-

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

-

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

-

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

-

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

-

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

-

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

-

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

-

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

-

-

.. myrah ..

Rabu, Februari 16

astro fest 2011

-
date : 12february2011
location : astro bukit jalil
-

saya yg kusyuk membaca (ulat buku@paper)

di entrance

kami

abang tinggii

amirul otw mentransform kan diri

done..!

heboh ngn rambut baru (sementara sajo)

si apek

penat pon still leh senyummm.. ;)

ok, i luv you..hehe :p

the fabulous cats

tilu

R2

nazmi & epy

lucky & mamat sepah

amy search

yang dinanti....faizal tahir ;)
-
-
-
.. myrah ..

Selasa, Februari 15

bergambar2 bersama korean actor di astro fest 2011

-
terasa jakun lak macam xpernah kejumpaan ngn artis kan...
biasa lar, aku kn org kampong!
harus lar berlakon jadi jakun ketika dapat bergamba ngn artis.hehe
siapakah artis tersebut???
korang mesti xkenal sbb international artis, korea mariiii...
jum tgk gamba artis tersebut yaaaa...

v

v

v

v

v

v

v

v

v

taraaaaaa...ini dye artis yg xfemes tersebuttt


myrah ambil kesempatan bergamba rapat2..hehe

tapi muka dye ada iras2 mcm amirul sy lar..huhu

eyh, mmg en amirul suhaimi lar..
ingatkn mamat korean mane td, rupanya mamat jaworean...hahaha ;)
-
-
-
.. myrah ..

menurun menaik dan sekarang menurun lagi..haiishhh...

-
weight : 41.5 kg
height : 153 cm
-----------------------------------
your BMI : 17.7
normal BMI range : 19-25
-------------------------------------
your idea weight :
44.5 - 58.5 kg
-------------------------------------
-
xnormal lagi BMI aku ni, mane nak cari lg 3 kg ni..
minggu lepas da ok, berat naik..
minggu ni menurun lagi
korang2 sume de petua nak naikkan berat badan x????
-
-
p/s : amirul tidak suka mahirah yg kurus dan bersiku tajam
-
-
-
.. myrah ..

12 rabiulawal / 14 february

-
SALAM MAULIDUR RASUL
mari lar kte bersama2 selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

-
-
-
-
.. myrah ..

Isnin, Februari 14

my cousin's wedding

-
date : 5 & 6 february 2011
location : baling & changlun, kedah
theme : black red & black silver


keluarga saya yang merah

kami yang hootttt...heheh

saya mahirah

majlis di sebelah pihak perempuan

ini cousin saya, kawen suda..hehe ;)

cik myrah & cik ton

ini kaklong saya

"alang ya ngn akippp"

majlis disebelah pihak lelaki

pengantin yg dikacau kami ketika makan..hehehe

kumpulan nasyid yg xberapa nak menjadi..heee :p
-
-
p/s: tunggu next majlis tuk berkumpul mcm ni lagi.. (:
-
-
-
.. myrah ..

Ahad, Februari 13

aksi-aksi kami yang berani..eyh, dye berani ke..hehehe

-
date : 12february2011
aktiviti : mengikuti game 'buaian sampan' ala2 di genting highland..hehe :p
-


muka steady je mula2 kan, berani lar kata kn..

semangat sungguh mamat sebelah aku ni, aku awal2 da genggam besi kt depan tu kuat2..haha

ok, suda mula menjerit..tgk mamat sebelah saya tu..hihihi

masing2 ketaq lutut

saya kelihatan steady skali tp yg sebelah tu lain je muka..
cuak ke banggg~hahaha

mamat depan aku pon dok toleh blakang, mgkin dsebabkan mamat sebelah aku ni tlebih jerit smpai nk tkua anak tekak kot..hihi (hampuuunn b) ngee~
-
-
daripada aksi2 diatas suda tserlah siapa yg lebih berani kan..
kesimpulannya, mahirah lagi hebat berbanding amirul...ngehngehngeh..
-
-
p/s : maaf yer amirul, tlebih suda~hehehe ;)
-
-
-
.. myrah ..

Khamis, Februari 10

saya mahu kan insan seperti ini



Find a guy who calls you beautiful instead of hot,
who calls you back when you hang up on him,
who will stay awake just to watch you sleep.
wait for the boy who kisses your forehead,
who holds your hand in front of his friends,
who thinks you're just as pretty without makeup on.
One Who constantly reminding you of how much he cares and how lucky his is to have you.
The one who turns to his friends and says, 'that's her
-
-
p/s : bersyukur dengan apa yg ada sekarang..
-
-
-
.. myrah ..

Selasa, Februari 8

home sweet home

-
assalamualaikum & salam sejahtera kawan2 blogger sekalian ^^
syukur alhamdulillah, akhirnya sampai gak aku ke seremban stelah bhempas pulas mengharungi kesesakan highway dari kedah ke seremban..sangat tensionnn tp xslalu pon dapat pngalaman ni,xkesah lar janji selamat sampai..
perjalanan yg agak lama, gerak dari sana pukul 9am, singgah kt pekan rabu, lunch & solat d phentian sg.perak, diner & maghrib di slim river dan minum di dengkil...berkali bhenti sebab kesesakan yg melanda..akhirnya hampir 11pm baru sampai..lame gilak..huhu
ok2, stop citer pasal perjalanan ini..kesah seterusnya akan di ceritakan pada entry yg akan datang.. (mood kmalasan masih bermaharajalela)
-

ini antara barangan yg sempat dibeli untuk diri sendiri dan orang2 tertentu
ni baru cket, lum masuk jajan2, jeruk2, periuk belanga bagai..haha..melampau sungguh!
pasni ikat perut lar malam2 sbb dwit suda kehabisan bershupink sakan...gaji lak agak lambat lagi, so padan muka aku!hehe
-
-
p/s : pasni kena wat loan kt bank PAMA lar..ehe
-
-
-
.. myrah ..

Jumaat, Februari 4

good morning

-
*short update*
5.55 am : masjid zahir, alor star
seketika lagi akan tiba di changlun..insyaAllah..
-
-
-
.. myrah ..

Khamis, Februari 3

beberapa note yg penting..hehe

-
  • selamat menyambut tahun baru cina to all chinese
  • saya akan bercuti dari update ini blog selama beberapa hari
  • akan mengikuti family trip ke kedah, cousin ku suda mau kawen (:
  • bertambah sorg lagi ahli dalam family nenek anum :)
  • mood keterujaan untuk ke sana, berkumpul ngn sume2 cousin tp family pak ndak xde sbb xpat cuti.. *kekurangan*
  • sedikit mood sedih telah mnyelubungi *its ok, jz waiting*
  • kekeciwaan juga kerna xpat laksanakan sesuatu yg telah ditarget oleh my mum *sorry mak, mungkin belum sampai masanya :') *
  • now, mau ceria2 kan diri utk trip ini
  • to all my friend, doakan perjalanan kami ini, semoga selamat pergi dan selamat pulang... :)
-
-
.. myrah ..

Rabu, Februari 2

ini adalah entry bergambar kerna sy malas mau meng'ayat'..

-
date : 29january2011
location :
presint5, putrajaya
-












-
-
p/s : sanggup berhujan semata mau bergedik depan cmera..hehe ;)
-
-
-
.. myrah ..