Sabtu, Julai 23

tips supaya BF cepat masuk meminang..hehe :p

-
salam.. ;)
pagi2 ni bosan duk umah, aku blogwalking jela then terjumpa lak satu blog yg best juga..
korang pon bole lar follow blog mizz eisya ^^
meh kte sharing entry apa yg aku suke kt blog ni ea...hehe ;)
  • TIPS 1: Puji pasangan anda.
    Ringan-ringankan mulut anda untuk sentiasa memuji dan kagumi teman lelaki anda. Nytakan anda sukakan sifat-sifatnya dan dirinya. Katakan juga dialah pasangan anda yang terbaik dalam hidup serta buat diri anda yang boleh membimbing dan memberi kebahagiaan kepada anda.
  • TIPS 2: Beri sokongan 110% kepada kerjaya atau kerja yang diceburi oleh teman lelaki anda.
    Ini boleh menaikkan lagi semangat dirinya untuk cepat-cepat mendirikan rumahtangga bersama anda kerana dia tahu anda yakin dengan dirinya. Ingat, kejayaan pasangan anda adalah kejayaan buat diri anda juga. Anda harus bersedia berkongsi hidup dan dari segi kerjaya bersama. Sekurang-kurangnya nyatakan yang anda memang boleh terima kerjaya dia.
  • TIPS 3: Tunjukkan minat yang mendalam perkara -perkara tentang perkahwinan. Anda boleh bincangkan perkara berkaitan rumah tangga, beri pendapat dan sebagainya. Satu teknik yang mudah untuk anda lakukan ialah berkongsi artikel-artikel berkaitan perkahwinan yang anda baca di blog-blog (blog kursus perkahwinan contohya) atau majalah-majalah berkaitan perkahwinan.
  • TIPS 4: Ambil berat tentang diri pasangan anda.
    Sayangilah dia sepenuh hati anda, rela berkorban apa sahaja dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Prihatin terhadap segala aspek diri pasangan anda. Jika anda lihat dia agak sedikit tidak bersemangat, naikkan motivasi diri dia.
  • TIPS 5: Cari peluang untuk menjemput teman lelaki ke rumah anda untuk bertemu dengan ahli keluarga anda.
    Jika keluarga anda ada membuat sebarang majlis keramaian seperti majlis hari jadi, kenduri-kendara, Mother’s Day atau Father’s Day dan sebagainya. Ini boleh menunjukkan yang anda semakin serius dan yakin untuk mendirikan rumahtangga. Selain itu, boleh lah anda merapatkan lagi hubungan teman lelaki anda bersama keluarga anda.
  • TIPS 6: Sekali-sekala berborak mengenai perancangan perkahwinan anda atau pelan jangka masa panjang anda dalam membina keluarga.
    ini boleh membuatkan hatinya tersentuh dan akan menambahkan lagi minatnya untuk berumahtangga dengan anda
  • TIPS 7: Tujukkan diri anda kepada teman lelaki anda yang anda memang benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seterusnya sebagai seroang bakal ibu kelak.
    Pamerkan sifat-sifat diri anda yang penyayang, matang, bijak membuat keputusan serta boleh berdikari.

-

p/s : kalau buat mcm ni kat mirul, berkesan ke??hehe :p

-

-

.. myrah ..

2 ulasan:

BudakCHOCO Official Blogger berkata...

entry nieyh st menarik.. :)

myrah berkata...

hehe..bole dpraktikkan ye.heee