Ahad, Januari 9

mari kita main masak2 (:

-
assalamualaikum kawan2 sekalian..
mood saya hari ini adalah baik tuk memasak..kerajinan telah muncul..heee
menu hari ini adalah tomyam campur & telur dadar yer kawan2
actly kn, sy ni xde lar amatur dalam bab2 memasak ni, yela slalu ngelat tolg mak kt dapur kn..(kantoi suda~)
kali terakhir sy masak tomyam ntah tahun bila ntah & hari ni tetbe nak wat balik..
sumber untuk memasak tomyam ini diperoleh dr my resipi (kalo pak metua tau lar aku ni tgk web, cnfrm kne gelak)hehe

ok, now meh kte sharing2 cara wat tomyam ni ea bg sape2 yg masih amatur spt sy..heee ;)
untuk telur dadar, korg sndiri pon tau kan..kalau xtau, wat malu yoooo..hehe
-
bahan-bahan
  • ayam (dipotong kecil)
  • sotong & udang
  • bawang besar (dihiris bulat)
  • biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • kiub tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, lobak)
-
cara-cara memasak
  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, udang dan sotong.kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, kiub tom yam, garam serta perasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
dan ini lar hasil tomyam yg telah dimasak tadi

gambar dari dalam kuali sajeee..hehe
-
-
so kawan2, selamat mencuba yee.. (:
-
-
-
.. myrah ..

2 ulasan:

shazmonaz berkata...

salam persinggahan dari rakan blogger baru..

myrah berkata...

shahmonaz : slam pkenalan.. (: