Jumaat, Jun 18

rahsia kita berdasarkan empat unsur

-
rahsia wanita melalui tanah, air, api & angin..
penentuan ditentukan melalui anak kebrape dlm keluarga.. (:
(informasi ini diambil dr blog cik nessa, utk perkongsian bsame)
-
  • tanah - pertama, kelima, kesembilan
  • air - kedua, keenam, kesepuluh
  • api - ketiga, ketujuh, kesebelas
  • angin - keempat, kelapan, kedua belas
-
wanita berunsur TANAH
tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti :
- rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
- sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
- tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah.
- orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

-
wanita berunsur AIR
air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman seta menghilangkan dahaga. air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti :
- menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
- mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
- hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
- menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

-
wanita berunsurkan API (merujuk kpd saya..heee)
api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. wanita bersifat api seperti :
- cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
- cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
- pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
- sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

-
wanita yang berunsurkan ANGIN
angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga.
wanita yang berunsurkan angin :
- mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
- pandai bermain kata dan memujuk rayu.
- sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
- bijak mewujudkan suasana selesa.
- hati yang cepat berubah ubah.

-
-
p/s : adakah sy seperti api wahai en amirulsuhaimi....ngeeeee
-
-
.. myrah ..

8 ulasan:

selipar hijau berkata...

saya air.. wehoo~~~

nak copy and share ngan pembaca blog yana jugak.. hee~~~~
boleh.?

theHusnaM berkata...

saya pon api..brrr..bakar bakar.ha ha..terima kasih info!

myrah berkata...

yana : bole2,silakan adeq ku..
sharing is caring...hehe

myrah berkata...

theHusnaM : same lar kte,jgn tbakar suda.heee

saliha888 berkata...

suke nyerrr. api tuu!! haha.

tetambah yg dihadapan suami tuu. hikhik

myrah berkata...

heheh..wah2,sme gak ek api..
ok2,tgu jadi bini org lar br best...heee ;pp

wiena berkata...

kte air........ptt la asik haus je kn hahahahaha

myrah berkata...

hahha...ko mmg...
elok cmpak je dlm tasek kt blakang nih..
xyah heboh nk air lg..haha