assalamualaikum wbt..masih tak habis2 lagi nak update pasal wedding yang hampir 4 bulan berlalu..
mcm manalah nak habis cepat, bila datang rajin, sehari sampai dua entry, bila datang malas, seminggu menghilang..hehe..ya, mmg sangat malas sekarang..tapi baca blog2 korang masih rajin.. :)
disebabkan seminggu aku menghilang, hari ni aku nak letak gambar banyak2..
untuk kenangan kononnya, hakikatnya aku yang sememangnya syok tengok gambar kahwin sendiri..hihi..ampuuunn... ;p
untuk sesi outdoor selepas majlis resepsi di seremban, dalam pukul 4pm kitorang gerak ke area bandar seremban..rasanya tempat ni mmg popularlah untuk orang2 soghomban buat photoshoot sbb tempat2 yang menarik agak terhad kat sini..huhu
lokasi di perpustakaan lama seremban..time photoshoot ni pon ada lebih kurang 7 pasang pengantin lagi tapi kami je yang bercolour pink..hee
masa photoshoot ni banyak gambar yang aku rasa mcm entah apa2 je sebabnya aku asyik gelak & senyum sumbing je..aku maluuuuu tu yang tak boleh fokus tu..ha poyo kan ayat aku..hikhik
nasib baik la geng OP adalah sangat sporting..
hoiishh..rindunya moment2 ni..rasa macam nak ulang balik je tapi memang mustahil je kan..
so korang yang akan berkahwin nanti, beter korang belajar senyum & berlakon dari sekarang..buang juga sifat malu, kalau tak confirm jadi macam aku..hihih :p
.. myrah ..